Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Seorang bayi perempuan yang baru empat jam dilahirkan ditemui dibuang dalam tong sampah di Taman Putra Ampang. Bayi kini stabil dan dirawat di Hospital Ampang. Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan. Suspek yang terlibat sedang dikesan.
Transcript
00:01Seorang bayi perempuan baru lahir ditemui dibuang di dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Putera Ampang pada
00:07Rabu.
00:08Ketua Polis Tiara Ampang Jaya mengesahkan pihaknya menerima laporan pada pukul 6.27 petang daripada seorang lelaki yang menjumpai bayi
00:16berkenaan ketika keluar dari rumahnya.
00:19Menurut polis, bayi tersebut dianggarkan baru 4 jam dilahirkan berdasarkan keadaan tali pusat yang masih belum dipotong sepenuhnya.
00:26Bayi perempuan itu kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan serta pemantauan lanjut di Hospital Ampang.
00:33Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Kesiksaan kerana menyembunyikan kelahiran atau membuang bayi.
00:41Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara sehingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
00:47Polis kini sedang mengesan suspek yang bertanggungjawab membuang bayi itu.
Comments

Recommended