Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Golongan muda dinasihatkan supaya tidak mudah berputus asa hanya kerana dinilai berdasarkan masa silam, sebaliknya menjadikan keredaan Allah SWT sebagai matlamat utama kehidupan. Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman dan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan kepentingan memahami tujuan hidup, ketahanan jiwa serta kesabaran dalam menghadapi tekanan emosi, kritikan dan cabaran kehidupan, khususnya dalam era media sosial.
Transcript
00:00Golongan muda dinasihatkan supaya tidak mudah berputus asa hanya kerana dinilai berdasarkan masa silam, sebaliknya menjadikan keredaan Allah sebagai matlamat
00:10utama dalam kehidupan.
00:12Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd Suki Uthman, isu yang membabitkan seorang pempengaruh yang berdepan tekanan akibat kecaman masyarakat,
00:21jelas mencerminkan krisis yang lebih besar, melibatkan pencarian makna hidup serta ketahanan jiwa dalam kalangan generasi muda.
00:31Jelas beliau dalam dunia yang dipengaruhi penilaian luaran dan tekanan media sosial, ramai anak muda mudah hilang arah apabila kebaikan
00:38yang dilakukan tidak dihargai, malah dibalas dengan kecaman.
00:43Dr. Mohd Suki turut menegaskan bahawa Islam telah menetapkan asas yang jelas bahawa kehidupan manusia tidak bersifat sia-sia, sebaliknya
00:51mempunyai tujuan besar iaitu untuk beribadah kepada Allah SWT.
00:55Menurutnya dalam erti kata yang luas, ini termasuk memperbaiki diri sendiri, melakukan kebaikan dan mendekatkan diri kepadanya.
01:03Jelas mufti Pulau Pinang itu, apabila tujuan kehidupan ini difahami, penilaian manusia tidak lagi dijadikan ukuran utama,
01:09sebaliknya keredaan Allah menjadi sasaran tertinggi dalam perjuangan hidup seseorang insan.
01:14Sementara itu, Dr. Mohd Suki juga menegaskan bahawa kehidupan di dunia merupakan medan ujian yang hadir dalam pelbagai bentuk,
01:22termasuk tekanan emosi, kegagalan dan pandangan negatif dari masyarakat.
01:26Beliau menjelaskan bahawa ketahanan sabar inilah yang membolehkan seseorang terus bertahan, walaupun berdepan tekanan, kritikan dan penghinaan.
01:34Dalam hal sama, mufti wilayah persekutuan Ahmad Fawaz Fakzil turut menasihatkan golongan muda yang berhadapan tekanan hidup
01:40supaya terus berusaha dan bersabar dalam menghadapi ujian kehidupan.
01:45Tegasnya, setiap individu yang punya tekanan hidup seharusnya percaya bahawa setiap ujian itu mempunyai penghujungnya dan tidak akan berlarutan selama
01:52-lamanya.
01:53Tambah beliau, setiap kesukaran pasti disusuli jalan penyelesaian dan kehidupan manusia sememangnya diciptakan untuk diuji,
02:00sama ada melalui kebaikan mahupun keburukan.
Comments

Recommended