Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Ketegangan geopolitik di Asia Barat terus memberi tekanan kepada harga baja global, sekali gus meningkatkan kos pengeluaran makanan dan risiko inflasi domestik di Malaysia ketika rantaian bekalan semakin tidak menentu. Fokus perbincangan ini menilai tahap kesiapsiagaan Malaysia serta langkah dasar kritikal bagi mengawal impak kos dan menjamin kestabilan bekalan makanan.
Transcript
00:00Intro
00:07Salam sejahtera anda bersama saya Nina Rosman dan ini Pantau Belanjawan
00:11Kita ingin beri tumpuan kepada apa yang berlaku di konflik Asia Barat dalam pelbagai aspek
00:16dan kali ini kita nak beri fokus kepada keterjaminan makanan
00:19Melihat kepada pasaran ketika ini mungkin nampak tenang
00:22tetapi tekanan sebenar sedang berlaku di tempat lain iaitu pada rantaian bekalan makanan
00:27Konflik Amerika Syarikat Iran kini mula melonjak harga baja global naik medadak
00:31dengan Yuria melonjak lebih 40% dalam tempoh yang singkat
00:35Dengan musim penanaman semakin hampir di Asia Tenggara
00:38kos yang tinggi ini boleh memaksa petani mengurangkan penggunaan baja
00:42dan itu terus memberi risiko kepada hasil tanaman
00:45Malaysia mungkin kelihatan lebih terlindung dari segi pengeluaran
00:48tetapi kebergantungan kepada import dan risiko dasar masih menjadi kebimbangan besar
00:53Soalannya adakah ini sekadar tekanan sementara
00:56atau permulaan kepada cabaran makanan dan keseluruhan rantaian bekalan yang lebih besar
01:01Dengan itu kita mempersilahkan tetamu yang sudah bersedia dalam talang
01:03untuk mengulas lebih lanjut adalah Prof. Dr. Norsi Daman
01:06Penyarahan Penaikan Tani dan Ekonomi Bayu Sumber Universiti Putra Malaysia
01:10Saya nak ucapkan terima kasih Prof
01:12Selepas mesin perayaan banyak benda yang kita kena beri fokus
01:16Sudah tentu kita nak lihat bagaimanakah iaitu kesejahteraan ekonomi dalam aspek pertanian
01:21terutama di peringkat global yang terus memberi kesan kepada peringkat domestik
01:25Dan apabila kita bercakap mengenai harga baja yang terus naik dan konflik Amerika Syarikat
01:30ilang puluh belum nampak jalan reda
01:32Adakah kita sebenarnya sedang menghampiri satu tekanan besar kepada pengeluaran makanan dirantau ini terutamanya
01:38Pada pandangan Prof
01:41Terima kasih ya Inna
01:42Sebenarnya baja ini merupakan satu benda input yang paling penting dalam tanaman
01:48Kalau kita pun makanan kita akan makan untuk kita membesar dan jadi sihat
01:54Jadi kalau untuk tanaman dan sebagainya
01:57Dia diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kita panggil produk pertanian itu
02:02Untuk keluarkan jadi lebih besar, lebih banyak, lebih kualiti
02:06Jadi tanpa baja saya rasa pengeluaran kita akan terganggu sedikit
02:12Jadi bila kita tengok kepada konflik semasa
02:16Adakah ini memberi tekanan yang besar kepada pengeluaran makanan?
02:22Saya nak ceritakan sebelum, situasi sebelum
02:27Situasi sebelum berlaku konflik harga baja global relatif stabil lah
02:31Walaupun berlaku turun naik harga bahan bakar
02:34Jadi rantaian bekalan global juga berfungsi dengan baik, lancar
02:39Dan juga negara pengimport mendapat bekalan melalui kontrak yang lebih panjang
02:45Dan kos logistik pun lebih rendah kalau kita tengok sebelum gangguan dan juga masa pandemik dulu
02:52Jadi pengeluaran baja global ini dia tertumpu kepada beberapa negara utama lah
02:57Jadi baja ni kita anggap sebagai komoditi ekonomi biasa
03:02Dan ini bukan input strategi keselamatan makanan lah
03:06Tetapi bila kita tengok situasi terkini
03:08Ketegangan geopolitik telah meningkatkan risiko gangguan
03:14Perdagangan dan perhantaran, harga gas asli meningkat
03:18Menyebabkan kos pengeluaran baja juga meningkat
03:21Nitrogen lah terutamanya
03:22Dan kos logistik juga meningkat akibat gangguan laluan perdagangan
03:27Premium insurance dan tak stabil lah pasaran tenaga
03:31Jadi pasaran baja ni dia menjadi lebih tak menentu
03:35Kerana kepekatan pengeluaran global
03:37Apa yang kita kata pengeluaran global ni
03:43Maksud dia hanya beberapa negara menguasai sebagian besar pengeluaran baja dunia
03:48Jadi negara lain ni bergantung kepada import daripada pengeluar utama
03:52Jadi pasaran dia menjadi lebih sensitif lah
03:54Contoh dia baja nitrogen bergantung kepada negara yang mempunyai gas asli
04:00Baja phosphate bergantung kepada negara yang mempunyai batu phosphate
04:03Ataupun baja potash kalium ni tertumpu kepada negara-negara tertentu saja
04:08Jadi bila berlaku begini
04:11Kuasa pasaran menjadi lebih tertumpu dan juga sistem menjadi kurang fleksibel
04:15Berlaku apabila ni lah gangguan ni
04:19Jadi kita kena implikasi kepada pengeluaran makanan ni
04:24Kos pengeluaran akan meningkat
04:26Margin keuntungan petani akan menjadi lebih kecil
04:29Risiko pengurangan input akan meningkat lah
04:33Dulu dia guna banyak petani guna banyak tetapi bila kerana dia mahal
04:37Maka jadi dia kena kurangkan
04:41So tekanan inflasi makanan mungkin boleh berlaku
04:44Serta negara perimport lebih terdedah lah kepada kejutan harga global
04:49Jadi boleh kita katakan bahawa tekanan tu dia mahampiri negara kita
04:54Jadi macam mana kita nak fikirkan dengan tekanan begini
04:58Baik so tentu itu adalah impak yang sangat penting untuk keteriti
05:02Apabila kos meningkat secara keseluruhan
05:05Keseluruhan rantaian tu bakal terkesan
05:08Dan melihat kepada laporan daripada Fitch Rating
05:10Mengatakan antara iaitu Malaysia
05:12Antara negara Asia Tenggara Indonesia dan Vietnam
05:15Nampaknya agak terlindung kerana ada pengeluaran baja yang sendiri
05:19Tetapi Prof kalau tiada dasar yang benar-benar mengutamakan bekalan domestik
05:25Adakah perlindungan itu cukup kuat seperti yang Prof kata kita lihat
05:29Impak tu semakin dekat dengan kita
05:32Ya betul sebelum ni negara kita tak adalah mempunyai banyak masalah tentang baja ni
05:39Sebab kita ada kapasiti pengeluaran baja nitrogen sebab kita ada gas asli kan
05:45Jadi urea ammonia ni kita tak ada masalah
05:48Kemudian petrokimia industri petrokimia kita juga berkembang
05:52Sebab kita boleh akses kepada gas asli
05:55Jadi pengeluaran domestik tak adalah gangguan sangat
05:58Kita hanya bergantung sedikit kepada import
06:03Tapi tak semua jenis baja yang kita boleh keluarkan secara domestik negara kita
06:09Bahan mentah pula bahan mentah kita nak buat baja tu masih diimput
06:14Harga tempatan pun tak dipengaruhi oleh pasaran global
06:17Tapi sekarang ni ya setiap sekarang kapasiti pengeluaran domestik ni tak menjamin harga rendah
06:24Okey tak ada dasar keutamaan pasaran tempatan
06:28Subsidi input apa terjejas
06:31So bekalan macam ni kalau gangguan terkini tu dia akan menjadi macam tu
06:35Jadi negara mungkin akan menghadapi ketidaktentuan hargalah
06:41Bekalan akan menjadi tak stabil dan juga dia akan memberi tekanan kepada petani-petani kecil
06:48Jadi apa keperluan dasar yang kita perlu lakukan
06:51Salah satu adalah stock baja nasional lah kalau dapat buat subsidi bersasar kepada petani kecil
06:59Ataupun perjanjian bekalan domestik insentif pengeluaran kepada pasaran tempatan
07:05Ataupun pemantauan rantaian bekalan input petanian baja tersebut lah
07:10Banyak benda yang boleh kita selesaikan kalau kita tentukan dasar-dasar ini
07:14Seperti kalau stock penimbal baja nasional ni kalau kita buat
07:19Masalah yang kita boleh selesaikan adalah gangguan bekalan baja lah
07:23Oleh kerana konflik geopolitik tersebut
07:26Ataupun yang boleh kita atasi adalah kelewatan perhantaran import
07:31Kenaikan harga mendadak ataupun kekurangan bekalan lah
07:35Dasar-dasar ni sebenarnya membantu kerajaan ya
07:39Untuk menyimpan stock baja sebagai simpanan strategi
07:44Stock ni boleh dilepaskan ke pasaran lah bila berlaku kekurangan bekalan
07:48Ataupun membantu menstabilkan harga domestik
07:52So kalau tak buat macam ni dia akan memberi impak kepada sistem makanan kita
07:58Seperti mengurangkan risiko pengurangan penggunaan baja
08:02Boleh petani mengekalkan produktiviti tanaman
08:07Ataupun kalau kita buat yang ni dia akan meningkatkan
08:11Stabilan bekalan makanan
08:12Jadi banyak benda yang dasar yang boleh kita laksanakan
08:16Seperti subsidi bersasal kepada petani kecil
08:19Ataupun kita boleh buat insentif pengeluaran untuk pasaran tempatan
08:24Dan juga kita kena pantau
08:26Apa yang penting kita kena pantau ya
08:27Rantayan bekalan input ni
08:29Sebab kalau ini dia boleh membantulah
08:33Kerajaan untuk kumpulkan data berkaitan dengan pengeluaran
08:36Import, stok, harga dan sebagainya
08:39Jadi impak yang bagus melalui pelaksanaan dasar
08:43Dalam mengurangkan risiko lah
08:44Kejutan global mendadak ni harga mendadak
08:47Dan juga meningkatkan kestabilan pasaran input
08:50Pertanian dan juga kita boleh menyokong perencanaan
08:54Jangka masa panjang sektor pertanian
08:57Itu antaranya lah dasar-dasar yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan
09:03Baik ini adalah antara pendekatan yang boleh kita ambilkan
09:06Kerana paling penting adalah
09:07Kumpulan yang paling berisiko adalah petani kecil
09:10Apabila kita lihat harga di pasaran ni tidak stabil
09:13Dan ini juga akan mengganggu margin keuntungan mereka
09:15Dan apa antara dasar ataupun polisi yang boleh kita lihat adalah
09:18Bagaimana untuk kita memenuhi ataupun mengatasi
09:21Daripada segi gangguan bekalan baja
09:22Ataupun atas pengaturan kelewatan barang import
09:26Termasuk juga dengan kekurangan bekalan
09:28Seperti insentif-insentif kepada subsidi yang bersasar
09:31Untuk petani kecil dan insentif untuk keluaran pasaran tempatan
09:34Untuk menstabilkan lagi keseluruhan ekosistem itu
09:38Dan dalam keadaan harga global yang dikatakan naik turun ini
09:42Pada pandangan Prof
09:44Adakah ada risiko pengeluar lebih cenderung melihat peluang ekspor
09:48Berbanding kepeluan pasaran tempatan
09:50Sementara mereka tidak nampak lagi dasar yang lebih kukuh
09:54Ataupun lebih jelas ketika ini
09:55Mengambil kira kita pun tidak tahu bagaimanakah
09:58Iaitu tahap kesan ataupun impak daripada konflik Asia Barat ini
10:05Ya betul
10:07Sebenarnya sebelum berlaku konflik itu
10:10Perbezaan harga itu taklah ketara sangat
10:13Antara pasaran global dan juga tempatan
10:16Taklah besar sangat ya
10:17So pengeluar mengekalkan kesimbangan lah
10:20Antara ekspor dan jualan domestik
10:22So risiko kekurangan bekalan domestik juga rendah
10:27Tapi bila berlaku macam ini
10:29Harga global dia jadi lebih tinggi
10:32Dan bila harga tinggi
10:35Dia sebenarnya boleh mendorong pengeluar untuk mengekospor
10:38Sebab dia nampak keuntungan yang lebih tinggi lah
10:41Jadi bila berlaku itu akan berlaku pengurangan bekalan domestik
10:45So isyarat harga global ini sebenarnya dia mempengaruhi keputusan
10:50Pengeluaran dan pengedaran
10:52Jadi negara mungkin perlu pertimbangkan
10:55Sama ada untuk melakukan kawalan ekspor sementara
11:00Ataupun insentif jualan domestik lah
11:02So kalau tak dilakukan ini
11:09Dia akan memberi implikasi kepada petani
11:12Antaranya harga baja domestik akan meningkat
11:15Kos pengeluaran juga meningkat
11:17Keuntungan petani majin mereka kecil dan menurun
11:20Dan juga risiko pengurangan
11:22Penggunaan baja akan menjadi lebih tinggi lah
11:26Bila kita kena baja maka hasilnya tanaman kita pun akan berkurang lah
11:34Itu antaranya yang akan memberi
11:37Inilah maksudnya pengeluar
11:38Kalau dia memilih untuk mengekspor berbanding untuk pasaran tempatan
11:44Baik Prof melihat kepada satu scenario ini
11:47Sekiranya petani mula kurangkan penggunaan baja sebab kos terlalu tinggi
11:51Dan mereka ingin menjaga kestabilan peniagaan dan petanian mereka
11:55Namun kalau kita nak lihat daripada segi tempoh data siri masa itu
11:59Secara mana ia boleh menjejaskan hasil tanaman untuk musim akan datang
12:03Apa antara impak-impak yang mungkin kita tidak nampak dan mungkin kita tidak sedar
12:09Okey baja ni adalah satu keperluan ya
12:12Selain daripada air, tanah dan sebagainya
12:16Input-input ni lah yang digabungkan untuk menjadi satu produk petanian
12:20Sebelum ni pernah dan mungkin ada yang pernah mendengar revolusi hijau
12:25Green revolution
12:26Bagaimana dunia mula menggunakan baja kimia untuk meningkatkan hasil tanaman
12:32Jadi dari situlah pengeluaran secara besar-besaran boleh berlaku
12:37Jadi di dalam revolusi hijau ni
12:40Nutrien utama iaitu nitrogen, fosforus dan juga kalium
12:47Ataupun kita panggil MPK ya
12:49Nitrogen ni sebenarnya untuk pertumbuhan daun
12:52Fosforus pula untuk akar dan juga kalium untuk tekanan
12:56Ketahanan tekanan persekitaran
12:59Jadi baja ni sebenarnya dia boleh meningkatkan saiz hasil
13:03Kualiti tanaman dan juga kestabilan pengeluaran lah
13:06Jadi bila berlaku begini situasi sekarang
13:11Harga baja tinggi dan menyebabkan orang kata petani itu
13:16Mengurangkan kadar aplikasi ataupun kadar penggunaan baja dan mungkin
13:23Mereka akan menukar kepada baja yang lebih murah serta kadang-kadang itu saya rasa
13:29Mereka akan tangguhkan pembajaan, proses pembajaan
13:32Jadi bila kekurangan nutrien ia akan menyebabkan pertumbuhan tidak optimum
13:38Pengurangan hasil juga akan berlaku serta kualiti tanaman akan menurun
13:43Jadi akan memberi kesan jangka masa yang panjang seperti kesuburan tanah akan merosot
13:49Produktiviti menurun secara berperingkat
13:52Kos pemulihan tanah juga akan meningkat serta
13:55Akan berlaku risiko kekurangan bekalan makanan
13:59Di negara kita lah itu antara kesan jangka masa ataupun
14:04Impact kalau kita kurangkan baja di dalam tanaman
14:08Baik Prof, saya ingin juga berbincang mengenai baja fosfat
14:12Tapi jangan kembali-mali Prof, kita akan berteriak seketika dan kembali selepas ini
14:30Pertama kembali dalam Pantah Belanjawan dan kita akan teruskan dengan topik
14:34Perbincangan mengenai konflik Asia Barat
14:36Dan beri fokus kepada harga baja yang melonjak
14:39Yang semakin mengancam ataupun kita lihat risikonya semakin dekat menghampiri kita
14:44Dan kita masih lagi bersama tetamu kita Prof. Dr. Nur Sidaman
14:47Pensyarah Penaikan Tani dan Universiti Bayu Sumber Universiti Putera Malaysia
14:51Saya nak ucapkan terima kasih Prof kerana bantu kami faham bagaimanakah
14:54Daripada konflik Asia Barat ini terus memberi kesan ataupun pengaruh terhadap
14:59Itu harga baja global dan sekaligus akan memberi kesan kepada kumpulan yang
15:03Paling terdedah itu petani-petani kecil
15:06Dan banyak telah Prof kongsikan untuk kita memahami bagaimanakah kepentingan
15:11Baju ini kepada negara
15:12Dan saya akan beralih juga kepada fokus kepada baja fosfat pula
15:17Sebenarnya banyak negara di rantau ini sebenarnya masih bergantung kepada import
15:21Pada pendapat Prof adakah ini petanda bahawa masih ada kelemahan besar dalam struktur bekalan pertanian kita bagaimana?
15:29Ya betul
15:30Baja fosfat ni seperti nitrogen dan juga ni kalium tadi tu
15:35MPK amat diperlukan sebagai baja kemikal kimia untuk tanaman
15:40Jadi sebelum ni batu fosfat ni hanya terdapat di beberapa negara saja
15:46Tak semua negara boleh keluarkan ni
15:48Jadi negara kita termasuklah Asia Tenggara ni
15:51Menggantung kepada import untuk pengeluaran baja fosfat
15:55Jadi kepentingan ni dianggap normal masa tu lah sebelum ni
15:59Jadi situasi sekarang ni berbeza
16:01Di mana gangguan rantai yang bekalan meningkatkan harga fosfat tersebut
16:06Dan kita tak pasti bekalan tu jadi macam mana akan cukup atau tidak
16:11So negara kita amat terdedah kepada satu perubahan dasar eksport negara pengeluar
16:16Okey dan juga kita mungkin akan terdedah kepada gangguan penghantaran global
16:21Jadi cabaran seluruh tu yang kita kata lemah tadi adalah
16:26Sebab dia adalah kebergantungan tinggi kepada import nutrient critical fosfat ni
16:34Kos pengeluaran juga kos pengeluaran pertanian terdedah kepada turun naik harga global
16:40Dan juga keperluan mencari alternatif nutrient lah
16:44Jadi alternatif sebenarnya kita kena fikir dalam masa jangka panjang
16:49Sama ada kita nak guna baja organik ke ataupun baja fertilizer
16:53Kita semula nutrient ataupun penggunaan sisa pertanian
16:58Ataupun kita kena inovasikan teknologi nutrient
17:01Itu jangka masa panjang lah untuk masa jangka pendek ni
17:05Kita kena ada satu dasar yang menyokong
17:07Jadi apa yang kita maksudkan dengan kelemahan struktur ni
17:11Sebenarnya fosfat ni dia penting untuk perkembangan akar
17:16Jadi nak bentuk bunga, nak bentuk buah
17:18Ataupun dia nak pindahkan tenaga dalam tumbuhan tu
17:23Yang ni agak teknikal sedikit
17:24Jadi tanpa fosforus ni
17:27Ketumbuhan tenaman dia akan terbantut
17:30Jadi kecil, jadi hasil akan menurun lah
17:32Jadi tak seperti sesetengah input yang lain
17:36Fosforus ni tak boleh ganti
17:38Sepenuh dengan bahan lain
17:40Jadi maksudnya kalau bekalan fosfat
17:42Dia kritika maksudnya dia akan memberi kesan yang
17:46Inilah teruk kepada pengeluaran pertanian
17:49Jadi sumber batu fosfat global ni amat terhad
17:54Dia tengok kawasan geologi tertentu kat dunia ni
17:57Tak semua negara lah mempunyai sumber mineral ni
18:00Jadi banyak negara kita
18:01Negara Asia Tenggara ni
18:03Dia tak ada apa kita fosfat yang mencukupi
18:07Jadi kita terpaksa mengimport
18:09Jadi bila kita bergantung berterusan kepada import
18:12Itulah kos pertanian
18:15Kos pengeluaran pertanian
18:17Mengenai oleh harga global lah
18:19Jadi risiko tetap akan ada
18:21Risiko gangguan bekalan global
18:23Sebab berlaku konflik geopolitik tu
18:26Perperangan
18:27Jadi kesan dia
18:29Harga akan meningkat
18:32Kos pengeluaran juga meningkat
18:33Penggunaan akan menurun
18:35Dan juga hasil tanaman akan
18:37Berkurangan lah
18:38Jadi sistem
18:40Menjadi kurang daya tahan
18:43Sistem tu jadi lemah
18:45Kelemahan struktur yang kita panggil
18:47So banyak lah
18:50Jadi secara ringkas kita boleh katakan
18:52Kelemahan struktur ni maksudnya
18:54Kelemahan asas
18:55Dalam sistem yang menyebabkan risiko berterusan
18:58Dalam kes baja pospek ni lah
19:01Okey jadi kena cari alternatif jangka masa panjang
19:05Yang seperti saya cakap tadi
19:06Nak tukar baja organik
19:08Nak kena bekalkan nutrien secara semula jadi
19:11Biofertilizer ataupun apa
19:14Itu antara
19:15Kepentingan pospek kepada tanaman
19:18Dan Nina
19:20Baik gangguan akibat konflik Asia Barat
19:23Ni memang akan ada
19:24Dia punya kesan tetapi paling penting
19:26Bergerak ke hadapan dan ketika ini adalah bagaimana
19:29Untuk kita
19:29Menggunakan segala cara apa yang kita ada
19:32Untuk memastikan risikonya dapat
19:34Dikurangkan ataupun diminimumkan
19:36Dan jika dilihat lebih luas juga
19:37Prof apabila banyak input pertanian penting
19:40Masih datang dari luar negara
19:42Dan sekiranya dalam tempoh jangka panjang
19:44Kita masih belum ada lagi
19:45Iaitu sumber-sumber alternatif untuk melihat kepada baja organik
19:49Dan kita memerlukan dasar
19:50Yang dapat merangkumi ataupun memenuhi segala keperluan
19:54Ataupun cabaran sehingga paling tahap bahaya
19:57Namun sejauh mana ini menjadikan Asia Tenggara terdedah
20:00Kepada kejutan geopolitik dan
20:01Gangguan rantai yang bekalan global
20:05Okey kenapa kita bercakap
20:07Berkenaan dengan Asia Tenggara
20:09Kenapa kita tak sebut Malaysia sahaja
20:11Sebab Asia Tenggara ini dia mempunyai ciri-ciri tertentu
20:15Sebab negara-negara di bawah Asia Tenggara ini
20:20Dia sebenarnya bergantung tinggi kepada import
20:22Import pertanian
20:24Dan juga struktur pertanian negara Asia Tenggara ini
20:29Dia didominasikan oleh petani-petani kecil
20:33Jadi selain daripada itu
20:37Integrasi tinggi dalam perdagangan global
20:41Jadi Malaysia, Vietnam itu dia terdedah kepada risiko-risiko inilah
20:47Sebelum ini globalisasi sebenarnya dia meningkatkan
20:52Kecekapan kos pengeluaran pertanian
20:53Jadi negara kita bergantung kepada import pertanian
20:57Untuk tingkatkan produktiviti
20:58Jadi rantaian bekalan global pun stabil
21:01Tapi sekarang bila berlaku konflik geopolitik
21:04Ia menunjukkan kelemahan sistem global tersebut
21:08Risiko-risiko seperti yang kita bincangkan tadilah
21:12Gangguan pengantaran, turun naik kadar tukaran mata uang
21:16Tak stabil harga komuniti
21:18Jadi negara yang bergantung kepada import ini
21:20Dia akan menghadapi risikalah
21:22Risiko kos pengeluaran, risiko bekalan
21:25Dan juga risiko harga
21:27Jadi implikasi kepada keselamatan negara adalah
21:31Tak stabil lah kita punya bekalan input itu
21:35Dan akan menjejaskan pengeluaran
21:38Tanihan kita dan juga sistem makanan
21:40Dia akan menjadi lebih sensitif
21:42Kepada kejutan luar dan juga
21:46Kepuluhan untuk kita meningkatkan daya tahan
21:49Daya tahan domestik
21:51Itulah antaranya
21:54Maksudnya kita akan lebih banyak terdedah kepada
21:58Risiko-risiko yang kita sebutkan tersebut
22:00Atas gangguan geopolitik ini
22:02Nak dikatkan daya tahan domestik itu bukan mudah
22:05Kerana pada masa sama juga
22:06Rantau ini bukan saja berdepan dengan konflik di Asia Barat
22:10Tetapi kemungkinan berdepan dengan Eldino
22:12Dan beberapa negara juga telah beristiharkan
22:15Kemarau yang berpanjangan
22:16Namun Prof jika tekanan cuaca digabungkan dengan
22:20Kos input yang kekal tinggi
22:22Bagaimana Prof melihat kesan berganda ini
22:24Terhadap pengeluaran makanan dalam tempoh terdekat
22:28Ya kita tahu ya sekarang cuaca amat panas
22:31Dah menghampiri kadang-kadang satu tempat itu
22:3440 darjah
22:35Dan ini kalau berpanjangan
22:37Satu masalah kita adalah Eldino perubahan cuaca
22:39Dan satu lagi masalah kos input
22:42Jadi orang kata berganda-ganda
22:45Bertimpa-timpa lah kita punya masalah itu
22:48Jadi sebelum ini pun kita ada masalah Eldino ni
22:51Menyebabkan cuaca jadi lebih kering
22:53Lebih panas
22:55Dan kita boleh melakukan sebenarnya
22:58Pengurusan kesan Eldino ni
23:00Seperti sistem pengairan yang baik
23:02Kita nak ubah jadual tanaman
23:05Ataupun kita gunakan wariti tahan kemarau
23:08Tapi masalah dia sekarang
23:11Petani ni dua tekanan lah
23:13Satu kos input meningkat
23:15Baja
23:15Cerita tadi dan juga risiko cuaca
23:18Jadi risiko-risiko ni meningkatkan lagi
23:22Ataupun
23:23Menyebabkan masalah penurunan hasil tanaman
23:26Satu masalah air tak cukup
23:28Satu masalah baja
23:29Jadi akan menurunkan hasil tanaman
23:32Dan juga peningkatan kos akan berlaku lah
23:35Dan daripada situ bila kos tinggi
23:38Hasil keuntungan profit petani
23:41Dia akan menjadi tak stabil
23:42Jadi kesan kepada sistem makanan kita
23:45Pengeluaran makanan negara mungkin akan berkurangan
23:48Harga makanan akan meningkat
23:50Dan juga risiko inflasi makanan
23:53Juga mungkin akan berlaku
23:55Dan juga tekanan kepada pengguna
23:58Khususnya kepada yang berpendapatan rendah
24:01Jadi ini antara orang kata
24:03Masalah bertimpa-timpa ni
24:05Itu Nina
24:06Dan melihat kepada
24:09Keseluruhan tekanan dan masalah bertimpa-timpa ni
24:12Prof
24:12Apakah antara pembetulan paling berdesak
24:15Yang perlu dipercepat negara-negara di rantau ni
24:18Supaya sistem makanan
24:20Bukan sekadar menjadi lebih
24:22Tahan
24:22Tapi dan bukan sekadar bergantung kepada
24:24Keadaan pasaran global ni
24:25Ya betul
24:28Kira kena wake up call
24:29Kita kena lebih elite lah
24:31Sebab kita tak tahu berapa lama akan
24:33Ada kesan geopolitik dan cuaca ni
24:36Jadi
24:37Kalau sebelum ni kita fokus kepada
24:39Peningkatan hasil
24:40Melalui penggunaan input kimia
24:42Kita juga bergantung tinggi kepada
24:44Baja import serta kita
24:46Menekankan produktiviti yang secara maksimum
24:49Tapi oleh kerana situasi terkini
24:52Tidak tentuan global menunjukkan
24:56Kepuluhan bagaimana kita perlu tingkatkan
24:58Daya tahan sistem pengeluaran makanan negara
25:02Kita kena kurangkan pergantungan kepada bahan import
25:05Input luar lah ya
25:06Dan meningkatkan kecikapan penggunaan sumber
25:09Jadi kita perlukan reformasi
25:11Okay reformasi yang kita kata boleh berpotensi
25:14Ada kita kena pelbagaikan sumber nutrien
25:17Seperti bajar organik lah
25:19Bajar kompos
25:21Fertilizer
25:22Biofertilizer
25:23Sisa makanan
25:24Sisa tenakan sebagai nutrien
25:26Ataupun kita kena tingkatkan kecikapan penggunaan bajar
25:30Kena ada precision
25:31Agriculture
25:33Kita kena buat soil testing
25:35Kita kena guna sensor nutrien
25:37Kena apply bajar bersasar
25:39Kita kena buat
25:41Dasar-dasar keselamatan makanan
25:43Dia panggil stok strategi input
25:46Subsidi bersasar dan sokongan kepada petani kecil lah
25:50Dan juga kita jangka masa panjang
25:53Kita kena lebihkan pelaburan dari segi penyelidikan
25:55Apa yang penting kita kena bangunkan kapasiti petani
25:59Okay selari dengan fokus lah
26:01Kita nak bangunkan petanian
26:02Jadi kena bagi latihan teknologi
26:04Ibatkan belia
26:06Kita nak kukuhkan operasi
26:08Ataupun penggunaan digital
26:09Jadi banyak benda lah sebab
26:11Sebenarnya yang kita perlu atasi
26:13Sebab sistem makanan modern ni
26:16Sangat bergantung kepada
26:17Kestabilan rantaian bekalan global
26:19Jadi kalau harga bajar naik
26:22Atau ada masalah
26:23Dia akan mempunyai hubungan yang rapat lah
26:26Kepada tenaga geopolitik dan juga makanan
26:30Jadi Asia Tenggara khususnya Malaysia ni
26:33Perlu ada kekuatan
26:34Sebab kita akan berpeluang
26:37Ataupun akan mempunyai
26:39Ruang yang akan terdedah kepada risiko-risiko luar
26:44Jadi pendekatan masa kini ni
26:46Kita perlu simbangkan kecekapan ekonomi
26:49Daya tahan sistem petanian negara
26:52Dan juga kena ada klasterian sumber lah
26:55Jadi saya rasa situasi semasa ni
26:59Kita boleh jadi pemangkin lah
27:01Kita nak transform kita punya sistem makanan
27:04Supaya menjadi lebih stabil
27:06Mampan juga dan berdaya tahan lah
27:09Terhadap kejutan global
27:11Sebab benda ni dulu berlaku dah kan
27:13Perperangan antara Ukraine dan Rusia
27:15Juga mengganggu
27:16Jadi sekarang ni efek dia lebih besar lah
27:19Sebab banyak benda yang terkesan
27:22Jadi bajar adalah satu benda yang utama
27:25Jadi kita kena fikirlah kaedah dia macam mana
27:28Kaedah yang macam mana untuk bukan saja untuk
27:30Kekal tingkatkan daya tahan domestik
27:32Tapi untuk menjadi pemangkin
27:33Memastikan keseluruhan ekosistem ini terjamin
27:36Zelas ni bukan sekadar isu harga baju
27:38Ini adalah gambaran lebih besar
27:39Tentang betapa rapuhnya rantaian makanan kita
27:41Apabila terlalu bergantung kepada faktor luar
27:43Dan ini juga mendorong kita untuk melihat kepada
27:46Menjadi wake up call kita
27:47Untuk mempercepatkan segala informasi yang ada
27:49Kerana tekanan mungkin bermula dari konflik jauh
27:51Tetapi kesannya boleh sampai terus ke meja makan rakyat
27:54Terima kasih kepada Prof. Dr. Norsi Daman
27:56Atas perkongsian dan analisis yang sangat menilai
27:58Dan terima kasih kepada anda yang terus bersama kami
28:00Saya Nero Zman dan ini Pantah Belanjawan
28:02Teruskan bersama kami untuk lebih banyak analisis
28:04Yang penting untuk anda di Astro Awani
28:06Terima kasih kerana menonton!
28:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended