Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
DBKL menafikan sebarang kaitan dengan dakwaan meminta wang perlindungan, salah guna kuasa atau perbuatan menyalahi undang-undang yang tular dalam sebuah video.
Transcript
00:00Seterusnya Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur menafikan sekeras-kerasnya sebarang cubaan mengaitkan organisasi itu dengan aktiviti meminta wang pelindungan, salah
00:10guna kuasa atau pelakuan menyalahi undang-undang seperti dipaparkan dalam video yang tular di media sosial.
00:17DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dawaan, kenyataan atau pelakuan yang ditunjukkan dalam video berkenaan.
00:29Menurut DBKL, sebarang kenyataan yang dibuat oleh individu dalam video tersebut adalah bersifat peribadi dan sama sekali tidak mewakili pendirian
00:37mahupun tindakan DBKL.
00:39Menurut kenyataan, DBKL memandang serius penularan video tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan awam dan menjejaskan integriti, kredibiliti dan reputasi
00:48organisasi.
00:50Subungan itu, DBKL menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan tuduhan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
00:57Dalam pada itu, DBKL turut merekaskan sekiranya terdapat maklumat sahih berhubung salah laku atau unsur jenayah, perkara tersebut wajar disalurkan
01:05kepada pihak berkuasa berkaitan untuk siasatan lanjut mengikut lunas undang-undang.
01:10Tambah kenyataan itu, DBKL kekal komited dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan secara telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang yang berkuatkuasa.
01:18Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended