Skip to playerSkip to main content
Lapan lelaki ditahan reman bantu kes cedera polis

Lapan lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga mencederakan anggota polis dalam satu insiden di sebuah flat di Jalan Sungai, George Town, malam Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.50 malam apabila pusat kawalan daerah menerima permintaan bantuan daripada anggota polis yang berdepan kesukaran ketika menjalankan tugas penguatkuasaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/772943/berita/semasa/lapan-lelaki-ditahan-reman-bantu-kes-cedera-polis

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #lapanlelakiditahan #PDRM #keshalangtugaspenjawatawam #kesjenayah
Transcript
00:00Lapan lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian menghalang penjawat awam menjalankan tugas sehingga mencederakan anggota polis dalam satu insiden
00:10di sebuah flat di Jalan Sungai, Georgetown, Malam Rabu.
00:14Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Mohamad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.50 malam apabila
00:23pusat kawalan daerah menerima permintaan bantuan daripada anggota polis yang berdepan kesukaran ketika menjalankan tugas penguatkuasaan.
00:32Menurutnya, sepasukan anggota yang tiba di lokasi mendapati empat anggota polis sedang mengejar seorang individu mencurigakan yang melarikan diri ke
00:42arah flat berkenaan sebelum tercetus perselisihan faham dengan beberapa orang awam.
00:47Beliau berkata dalam kejadian itu, tiga daripada empat anggota polis terbabit mengalami kecederaan ringan akibat pergelutan yang berlaku.
00:56Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Kesiksaan kerana merusuh serta Seksyen 353 Kanun Kesiksaan.
01:05Kata beliau, seramai lapan lelaki warga tempatan berusia antara 28 hingga 38 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
01:15Katanya, kesemua suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Mac depan bagi tujuan siasatan lanjut.
01:26Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended