Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Presiden MCCA, Mohamad Sirajuddin Jalil, menjelaskan bahawa algoritma media sosial menyajikan kandungan jelik kepada pengguna tanpa disedari, sekali gus menunjukkan bahaya sebenar platform digital. Kes Meta yang didenda USD375 juta membuka semula persoalan tanggungjawab syarikat teknologi, peranan ibu bapa dan risiko terhadap kanak‑kanak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Media sosial kini menjadi ruang digital yang sarat dengan kandungan berbahaya yang disajikan secara otomatik melalui algoritma.
00:09Ini menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar membantu pengguna atau memerangkap mereka.
00:16Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia MCCA Mohd Sirajudin Jalil berkata,
00:21Alasan bahawa bahaya platform ditanggung pengguna semata-mata adalah naratif lama yang sering digunakan syarikat teknologi gergasi.
00:30Tetapi algoritm yang menyua ataupun memberikan encouragement terhadap pengguna itu secara tak langsung akan menyebabkan pengguna itu disuakan tanpa dia
00:41pencari kandungan.
00:43Jadi sebab itu negara kita pun meletakkan undang-undang yang ketat terhadap platform media sosial ini dah meletakkan tanggungjawab.
00:51Maksudnya kalau ada kegagalan dari peringkat platform itu sendiri untuk menyelia kandungan-kandungan,
00:58apatah lagi menyelia algoritm mereka, maka platform media sosial itu sendiri akan dipertanggungjawabkan dan juga boleh dikenakan hukuman.
01:12Beliau merujuk kepada tindakan terhadap meta platforms yang baru-baru ini didenda 375 juta dolar Amerika
01:19selepas gagal melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi dan bahaya di Facebook serta Instagram.
01:25Sirajudin menegaskan bahawa kandungan tidak bermoral atau junk content kini sudah menjadi norma dalam dunia modern yang dibentuk oleh media
01:32sosial.
01:33Dalam masa sama, beliau menekankan bahawa pengguna juga berperanan penting mengimbangi keadaan ekosistem digital.
01:39Menurutnya, pengguna perlu pelihara elemen-elemen murni yang manusiawi supaya kita tidak memburukkan lagi keadaan media sosial sekarang
01:46yang mampu meruntuhkan nilai murni yang ada.
01:50Sirajudin menegaskan kes meta ini menjadi peringatan bahawa isu keselamatan digital, terutama melibatkan kanak-kanak,
01:56bukan lagi perkara teknikal tetapi krisis kemanusiaan yang perlu ditangani secara menyeluruh.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended