Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Jika Perikatan Nasional (PN) berhasrat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, usaha menawan Selangor perlu dijadikan keutamaan strategik.
Transcript
00:00Seterusnya, jika Perikatan Nasional berhasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan pada pihak raya umum akan datang, usaha menawan selama boleh
00:09dijadikan keutamaan strategik.
00:11Mendahari Agung PAS, Datuk Skandal samad menyifatkan negeri berkenaan sebagai penentu arah politik nasional berdasarkan pola sejarah pilihan raya terdahulu.
00:21Menurut beliau, kemenangan gabungan pembangkang menawan Putrajaya pada 2018 bukan berlaku secara mendadak.
00:28Sebaliknya, dibinah melalui kejayaan konsisten di Selangor sejak PRU 2008 dan 2013.
00:35Kata beliau, walaupun ketika itu Pakatan Harapan belum terbentuk secara rasmi, parti-parti yang akhirnya membentuk kerajaan persekutuan telahpun mengukuhkan
00:44kedudukan mereka di Selangor lebih awal.
00:46Ia membuktikan Selangor bukan sekadar negeri maju tetapi juga penentu arah politik nasional.
00:53Iskandar yang juga bekas pesuruh jaya PAS Selangor berkata, walaupun Selangor hanya mempunyai 22 kerusi parlimen, pengaruhnya jauh lebih besar
01:01kerana mencerminkan sentimen pengundi di pantai barat semenanjung yang padat dan berpengaruh dalam menentukan keputusan nasional.
01:08Tegasnya, Selangor adalah kunci dan tampaknya sudah pasti laluan ke Putrajaya terus menjadi sukar.
01:14Dalam pada itu, Iskandar berpandangan perlantikan pengurusi baru Perikatan Nasional Selangor sebagai peluang untuk membawa nafas baru kepada gabungan itu.
01:22Justru kata beliau, Perikatan Nasional perlu tampil dengan hal tuju yang jelas, mesej yang segar serta memperkukuh jentera di semua
01:29peringkat.
01:30Mengulas lanjut, Iskandar mengakui Perikatan Nasional Selangor ketika ini seakan-akan kehilangan momentum selepas pilihan raya lalu.
01:38Justru beliau menuntut kepimpinan baru membuktikan keupayaan mereka dengan segera.
01:41Beliau memberitahu, PAS sebagai parti teras di peringkat nasional perlu memainkan peranan lebih menyelah dalam memperkukuh sokongan rakyat.
01:49Tambah beliau, pengundi kini semakin matang dan tidak lagi hanya bergantung kepada retorik politik semata-mata.
01:56Iskandar berkata, rakyat mahu melihat kehadiran yang konsisten, pembelaan yang nyata serta keprihatinan berterusan bukan hanya menjelang pilihan raya.
Comments

Recommended