Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin berangkat menunaikan solat sunat Al‑Istisqa’ di Istana Arau bersama hampir 1,000 jemaah. Solat ini dilakukan memohon hujan susulan cuaca panas dan kemarau panjang. Perlis kini berada pada Tahap 1 berjaga-jaga, dengan lebih 523 kes pembakaran terbuka direkodkan sejak Januari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail berangkat menunaikan solat sunat Al-Istisqob pagi tadi bersama hampir seribu jemaah di dataran
00:10Istiadat Istana Araw.
00:12Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis berkata solat ini dilaksanakan sebagai ikhtiar memohon hujan, susulan cuaca panas dan
00:21kemarau yang melanda negeri.
00:24Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putera Jamalulail dan waris yang kedua negeri Perlis Syed Sirajuddin Arif
00:32Putera Al-Hajj Jamalulail.
00:34Solat itu diimamkan dan khutbah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jaibs Ahmad Sirajuddin Abdul Sattar.
00:40Mak Ips maklumkan doa Istisqob turut akan dilaksanakan di semua masjid negeri bermula khutbah Jumaat esok berdasarkan teks rasmi dikeluarkan
00:48Jabatan Mufti Perlis sehingga dimaklumkan kelak.
00:51Rakyat Perlis diseru memperbanyakkan doa, memperbaiki diri dan memohon keampunan agar negeri itu dikurniakan hujan dan dijauhkan daripada musibah.
01:00Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Perlis Nur Syarafina Syafiee, Perlis kini berada pada tahap 1 berjaga-jaga berdasarkan status terkini MAP
01:08Malaysia setakat jam 4 petang semalam.
Comments

Recommended