Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Malaysia dan Pakistan sebulat suara menegaskan keperluan untuk meredakan ketegangan di Asia Barat melalui pendekatan dialog dan diplomasi susulan perbualan telefon antara Menteri Luar Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan. Kedua-dua negara menekankan usaha mengurangkan konflik serantau, selari dengan sokongan Malaysia terhadap tawaran Pakistan untuk menganjurkan dialog antara Amerika Syarikat dan Iran.
Transcript
00:00Malaysia dan Pakistan sebulat suara menekankan kepentingan kepada keperluan meredakan ketegangan di Asia Barat menerusi pendekatan dialog dan diplomasi.
00:10Menurut Kementerian Luar Pakistan dalam hantaran DX, Da dan Mohamad membincangkan isu kepentingan bersama menerusi perbualan telefon.
00:19Kedua-dua negara ini menegaskan kepentingan usaha mengurangkan konflik serta memperkukuh dialog dan diplomasi bagi menangani cabaran yang sedang berlaku
00:29di peringkat global.
00:30Rundingan tersebut diadakan susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menyambut baik tawaran Pakistan untuk menganjurkan dialog antara
00:39Amerika Syarikat dan Iran ketika ketegangan di Asia Barat dilihat semakin meningkat.
00:44Anwar sebelum itu menyifatkan tawaran itu sebagai tepat pada masanya dan bersifat konstruktif dalam usaha meredakan konflik di rantau berkenaan.
00:55Menurut Anwar, hubungan Pakistan dengan pihak-pihak berkepentingan serta kedudukannya sebagai suara yang dipercayai dalam dunia Islam meletakkan negara itu
01:04dalam kedudukan kukuh untuk membantu mewujudkan suasana kearah rundingan yang bermakna.
Comments

Recommended