00:00Malaysia tidak berada dalam kategori negara yang berisiko mengalami bankrupt air seperti kebimbangan global.
00:08Malah negara ini mempunyai sumber air mentah yang mencukupi.
00:11Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Faridullah Yusof berkata,
00:18cabaran sebenar negara ketika ini tertumpu pada aspek pengurusan sumber air secara bersepadu,
00:24perlindungan kawasan tadahan dan kecekapan sistem penyampaian.
00:31Jelas beliau Malaysia menerima purata lebih 2,500 mm hujan setahun dengan anggaran sumber air boleh diperbaharui melebihi 580 bilion
00:41meter padu setahun
00:42sekaligus menunjukkan negara tidak berdepan kekurangan air secara fizikal.
00:47Katanya cabaran utama negara bukan kekurangan air tetapi bagaimana Malaysia mengurus, melindungi dan mengoptimumkan sumber air secara strategik
00:56bagi menjamin sekuriti serta kelestarian bekalan air jangka panjang.
01:01Tanpa transformasi pengurusan nyeluruh, tekanan bekalan boleh berlaku di beberapa kawasan menjelang 2030.
01:08Mengulas lanjut katanya antara isu utama yang perlu diberi perhatian termasuk pengurusan setoran air secara berbagai,
01:16pencerobohan kawasan tadahan, pencemaran sungai serta kekurangan integrasi sumber air alternatif
01:22seperti air bawah tanah, air kita semula dan sistem penuaian air hujan.
01:27Katanya simpanan aktif empangan ketika ini mampu menampung bekalan air sehingga 90 hari
01:32namun kadar air tidak terhasil NRW nasional masih tinggi iaitu sekitar 34.3%
01:39bersamaan kira-kira 6,000 juta liter sehari air terawat yang hilang.
01:44Jika kadar NRW dapat dikurangkan kepada 25%, negara berpotensi menjimatkan kira-kira 2 bilion liter sehari
01:52tanpa perlu membina logi rawatan baru.
01:54Beliau berkata permintaan air negara dijangka meningkat daripada kira-kira 19,372 juta liter sehari
02:02pada 2025 kepada lebih 25,000 juta liter sehari menjelang 2030
02:08sekaligus memerlukan perancangan sumber air baru yang lebih strategik.
02:12Dalam hari itu, beliau memaklumkan kira-kira 30% daripada 2,986 lembangan sungai utama negara kini
02:20berdepan tekanan pencemaran sederhana hingga serius akibat aktiviti industri dan guna tanah tidak terkawal.
02:28Sehubungan itu kata beliau, kerajaan akan mempercepat pelaksanaan pendekatan pengurusan sumber air bersepadu IWRM.
Comments