Skip to playerSkip to main content
  • 5 weeks ago
FIFA menegaskan Piala Dunia 2026 akan menjadi pentas perpaduan ketika dunia bergolak. Iran mempertimbangkan menarik diri kerana semua perlawanan kumpulan dijadualkan di AS, manakala Mexico menyatakan kesediaan menjadi tuan rumah jika dipindahkan. FIFA juga meluluskan peraturan baharu yang mewajibkan kehadiran jurulatih wanita dalam semua kejohanan wanita FIFA.
Transcript
00:00Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA menegaskan Piala Dunia 2026 akan terus menjadi pentas membina jambatan antara negara di sebalik
00:09dunia berdepan ketegangan geopolitik termasuk Perang Israel Amerika Syarikat ke atas Iran.
00:14Presidennya Gianni Infantino dalam mesyuarat majlis FIFA ke-35 berkata, Piala Dunia 2026 tetap menjadi simbol perpaduan antarabangsa walaupun beberapa
00:22negara berada dalam keadaan terjejas kerana konflik.
00:26Piala Dunia 2026 akan bermula pada 11 Jun dan dianjurkan di Amerika Syarikat, Kanada dan Meksiko dengan majoriti pelawanan berlangsung
00:34di Amerika Syarikat.
00:35Iran, salah satu pasukan terawal layak ke Piala Dunia, dikatakan mempertimbangkan untuk menarik diri selepas perang dimulakan Israel dan Amerika
00:42Syarikat sejak 28 Februari lepas.
00:46Gelombang serangan itu menimbulkan kerisauan keselamatan memandangkan Iran di jadual bermain dalam kesemua pelawanan kumpulan mereka di Amerika.
00:53Minggu lalu, Presiden Amerika Donald Trump, penerima anugerah FIFA Peace Prize, mencadangkan agar Iran menarik diri demi keselamatan pemainnya.
01:02Dalam catatan di True Social, Trump berkata Iran dialu-alukan untuk bermain, namun pada masa sama berkata adalah tidak sesuai
01:09untuk mereka berada di Amerika mengambil kira keselamatan masing-masing.
01:13Sebagai reaksi, Persekutuan Bola Sepak Iran menegaskan Amerika tidak wajar menjadi tuan rumah jika keselamatan pemain tidak dapat dijamin.
01:20Teheran juga telah meminta agar pelawanan mereka dipindahkan ke Meksiko, jadangannya disambut baik Presiden Meksiko Claudia Sheinbaum yang berkata kesediaan
01:29negara itu menjadi tuan rumah sekiranya FIFA bersetuju.
01:32Namun FIFA buat masa ini berharap semua pasukan akan bermain mengikut jadual asal.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended