Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1996 dijangka dibentangkan di Parlimen seawal Jun ini bagi memastikan agensi itu terus relevan serta ditadbir urus dengan lebih berkesan.
Transcript
00:00Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat MARA 1996 dijangka dibentangkan di Parlimen seawal Jun ini bagi memastikan agensi itu terus relevan
00:10serta ditakbir urus dengan lebih berkesan.
00:13Pengerusi MARA, Datuk Dr. Ashraf Wajdi Dusuki berkata,
00:17Draf Pindaan Akta Berkenaan sudah siap dan kini berada dalam fasa sesi libat urus bersama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan
00:26termasuk Kementerian Keuangan, Kementerian Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta bagian hal-ewal undang-undang bagi mendapatkan pandangan menyeluruh.
00:36Beliau berkata pindaan itu merangkumi pemodenan kerangka pengurusan, pengukuhan fungsi strategi organisasi dan penyesuaian semula mandat MARA selaras dengan cabaran
00:46ekonomi semasa dan masa hadapan.
00:49Antara fokus utama ialah memastikan tahap ketelusan dan accountability yang lebih tinggi dalam pengurusan institusi apatah lagi keperluan pindaan akta
00:57ini menjadi semakin mendesak selepas lebih enam dekad.
01:00Ashraf Fajri berkata, tiada halangan dari sudut perundangan bagi seseorang individu menganggutai beberapa jawatankuasa yang diluluskan lembaga pengarah, namun dari
01:09segi tabib urus dan etika, keadaan itu boleh menimbulkan konflik kepentingan.
01:14Katanya, sebagai contoh, individu yang berada dalam jawatankuasa pelaburan tidak wajar menganggutai jawatankuasa audit. Jelasnya, perkara seperti ini tidak dibincangkan
01:23secara meluas pada era 1960-an dan 1970-an.
01:27Beliau berkata, timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, turut terlibat
01:34dalam libat urus dalaman, memandangkan akta itu berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
01:39Selain itu, Ashraf Fajri berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa penasihat syariah merupakan antara elemen penting dalam pindaan tersebut.
Comments

Recommended