Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik Asia Barat ditangguhkan susulan pembukaan semula ruang udara di kebanyakan negara. MKN memaklumkan rakyat dinasihatkan menggunakan penerbangan komersial, dengan kerajaan terus memantau keselamatan dan kebajikan mereka.
Transcript
00:00Operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik asal barat kini ditangguhkan berikutan pembukaan semula ruang udara di kebanyakan negara di
00:08rantau itu.
00:09Majlis Keselamatan Negara MKM menerusi satu pengakluman berkata kerajaan akan terus memainkan peranan untuk membantu dan memudah cara dalam keadaan
00:17tertentu,
00:18khususnya apabila membabitkan isu keselamatan atau situasi kecemasan yang menjejaskan rakyat Malaysia.
00:26Menurut pemakluman yang dikongsi, Konsulat General Malaysia di Dubai di laman Sosial Arts,
00:31rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air dinasihatkan untuk mendapatkan tiket penerbangan komersial memandangkan ruang udara di kebanyakan negara
00:38dibuka
00:38dan terdapat penerbangan yang beroperasi ke Malaysia.
00:41MKM berkata bagi perjalanan yang diuruskan melalui agensi pelancongan atau syarikat penerbangan,
00:47tanggungjawab utama untuk mengurus perjalanan serta membawa pulang penumpang adalah terletak kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.
00:53Jelasnya, kerajaan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara.
00:58Dengan perkembangan semasa di Asia Barat, kerajaan Malaysia amat menitikberatkan keselamatan rakyat Malaysia
01:03dan sentiasa memantau rapat situasi keselamatan di rantau itu.
01:06Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk merujuk kepada nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dari semasa ke semasa.
01:13Pada 11 Mac lalu, sebanyak 163 rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa negara di rantau Asia Barat
01:19selamat tiba di tanah air menerusi penerbangan khas Malaysia Airlines bagi operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik Asia Barat.
01:28Penerbangan itu tidak membawa tujuh ahli keluarga bukan warga negara iaitu lima rakyat Thailand
01:32serta masing-masing seorang warga Indonesia dan Maghribi.
01:35Pada 12 Mac, seramai 179 orang lagi rakyat Malaysia telah selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar di bawah
01:42operasi itu.
01:43Jumlah itu merangkumi 59 rakyat Malaysia yang terkandas serta rakyat Malaysia yang meletap di Qatar
01:47yang telah membeli tiket penerbangan sendiri.
01:49Terdapat juga rakyat Filipina, Australia dan lain-lain yang mengambil penerbangan sambungan ke negara masing-masing
01:54setelah tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA.
Comments

Recommended