Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Setakat ini tiada sebarang keputusan rasmi dicapai terhadap penyertaan MIC dalam Perikatan Nasional.
Transcript
00:00MIC setakat ini belum mengemukakan sebuah permohonan rasmi untuk menyertai Perikatan Nasional PN.
00:06Penafian itu dibuat timbalan Presidennya Datuk Seri M. Saravanan.
00:10Ia susulan laporan setiausaha agung PN Datuk Seri Takiuddin Hassan yang mendakwa MIC diterima sebagai anggota gabungan pembangkang tersebut.
00:18Jelas Saravanan pihaknya hanya menghantar surat pada Desember tahun lalu mengenai peranan yang ditawarkan kepada mereka ketika Tan Sri Muhyiddin
00:26Yassin masih mempengarusikan gabungan tersebut.
00:29Beliau menambah sebarang keputusan mengenai perkara tersebut hanya boleh ditentukan oleh majlis tertinggi parti itu.
00:36Sehubungan itu, Saravanan menegaskan MIC masih kekal status quo sebagai komponen barisan nasional PN.
00:42Pada selasa, Takiuddin dilapor berkata permohonan kemasukan MIC ke dalam PN sudah diduluskan menerusi mesyuarat pada Sabtu lalu.
00:50Jelas setiausaha agung PN itu pihaknya akan menyampaikan surat rasmi kepada Presiden MIC Tan Sri S.A. Victor Suwaran berhubung
00:58kemasukan parti tersebut pada selasa malam.
Comments

Recommended