Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Perikatan Nasional (PN) memutuskan jawatan Ketua Pembangkang Parlimen akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen daripada Pas bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menyandang kerusi berkenaan ketika ini.
Transcript
00:00Perikatan Nasional memutuskan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat daripada Ahli Parlimen PAS bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan
00:09diumumkan sebelum akhir bulan ini.
00:11Pengerusi PN Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Muhtar berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat madalis tertinggi PN yang dipengerusikannya pada
00:20Sabtu di Ibu Pejabat Parti Gerakan di Kuala Lumpur.
00:23Mesyuarat juga memutuskan bahawa jawatan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia akan dipegang oleh seorang ahli parlimen dari PAS namun namanya akan
00:32diumumkan sebelum akhir bulan ini setelah beberapa proses dalaman parti dilaksanakan.
00:42Beliau turut menyatakan bahawa pemilihan bagi jawatan tersebut tidak semestinya dilakukan melalui undian blok pembangkang.
00:49Sebaliknya, sesi libat urus dan perbincangan akan diadakan bagi mencapai keputusan bersama.
00:54Tambahnya, PN akan memaklumkan kepada yang di-Pertua Dewan Rakyat selepas keputusan dicapai dan Datuk Seri Hamzah masih kekal sebagai
01:02Ketua Pembangkang sehingga hari ini.
01:04Mesyuarat tertinggi PN turut dihadiri Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Gerakan Datuk Dominik Lau dan Presiden Parti MIPP
01:12P. Punitan.
01:13Sebelum ini, Datuk Seri Hamzah yang juga ahli Parlimen Larut dipecat daripada Bersatu pada 13 Februari lalu.
01:20Pemecatan itu mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.
Comments

Recommended