00:00Kerajaan sedang merunding dengan beberapa syarikat penerbangan untuk memastikan kos perjalanan jemaah haji Malaysia tidak terjejas sesuai dengan ketidaktentuan harga
00:09minyak akibat konflik di Asia Barat.
00:11Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof berkata langkah itu diambil sebagai persediaan awal, memandangkan krisis geopolitik boleh memberi kesan
00:20kepada kos operasi penerbangan.
00:23Jelas Fadillah perbincangan melibatkan lembaga tabung haji bersama syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa termasuk dari Arab Saudi.
00:32Pada masa sama kita tahu muslim haji akan datang sebab itu ini salah satu yang sedang dibincangkan dan dipantau rapi
00:40oleh kerajaan.
00:40Saya dimaklumkan bahawa tabung haji sudah pun berunding dengan syarikat penerbangan di mana mereka melihat untuk tidak menjejaskan terutamanya kos
00:54penerbangan haji.
00:55Itu sedang dibincangkan dengan semua syarikat penerbangan.
00:58Apanya keputusannya nanti biarlah diumumkan nanti pada pihak tabung haji ataupun menteri agama akan mengumumkan.
01:06Tambah Fadillah apabila berlaku krisis, harga minyak naik dan kos insurans juga meningkat, maka kos logistik seperti kapal terbang dan
01:14pengangkutan laut turut terkesat.
01:17Dalam masa sama beliau tidak menolak kemungkinan kos menunaikan ibadah haji meningkat sekiranya krisis berpanjangan.
01:23Sementara itu, beliau turut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan beberapa pemimpin di negara teluk bagi
01:32mencari ruang rundingan bagi meredakan konflik di rantau berkenaan.
01:36Usaha diplomatik itu diharap dapat membantu menstabilkan keadaan termasuk membuka semula laluan perdagangan penting seperti selat humus yang menjadi laluan
01:46utama pengangkutan minyak dunia.
01:48Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan program Sumbang Seh Santunan Kasih Seindah Syawal di Pusat Hidmat Dun Samariang,
01:59Huching pada Sabtu.
Comments