00:00Sementara itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Nadi terus memperluaskan peranannya selaku platform ekonomi komuniti menerusi Bazar Nadi 2026 di kesemua
00:101098 Pusat Nadi di seluruh negara sempena Aidilfitri.
00:15Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, dalam satu kenyataan, inisiatif tersebut bertujuan untuk memperkasakan usahawan komuniti dan meluaskan peluang
00:25pemasaran menjelang musim perayaan tahun ini.
00:31Jelas MCMC bagi edisi 2026 program berkenaan menyasarkan 10,000 usahawan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lalu.
00:417 Mac lalu, Bazar Raya Nadi ini dilancarkan Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil di Nadi PPR Kerinci sebagai simbolik pelancaran
00:49nasional terhadap program tersebut.
00:51Selain aktiviti jualan, program ini turut menampilkan pengisian komuniti seperti penganjuran kempen internet selamat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang
01:01kepentingan keselamatan internet dan penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.
01:06Tambahnya, program berskala nasional ini turut mengumpulkan kolaborasi strategik antara MCMC dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
01:18dan Kosar Hidup KPDN,
01:20Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Fama serta Lembaga Pertubuhan Peladang LPP melalui pelaksanaan jualan rahmah madani dan jualan agro madani.
01:30Menurut agensi itu, kerjasama ini sekaligus menyokong aspirasi kerajaan madani dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu
01:39milik menjelang musim perayaan.
Comments