00:00Polis menahan 11 warga Myanmar dalam satu serbuan di sebuah premis pusat hiburan tanpa lesin, dipercayai menawarkan gadis pelayan pelanggan
00:09ataupun GRO dengan bayaran RM10 sejam di Taman Semarak 2 nilai pada Jumaat.
00:15Menurut Ketua Polis Nilai, Superintenden Johari Yahya, mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan sembilan wanita berusia 19 hingga
00:2553 tahun.
00:29Beliau berkata serbuan kira-kira 3.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah JSJ
00:39Ibu Pejabat Polis Kontingen IPK Negeri Sembilan dengan kerjasama bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Nilai.
00:47Siasatan awal mendapati premis berkenaan menjalankan operasi pusat hiburan dengan mengambil bekerja warga asing sebagai GRO serta mengenakan bayaran RM10
00:58sejam bagi setiap GRO untuk menemani pelanggan di bilik karaoke.
01:03Johari berkata, pemeriksaan lanjut mendapati warga asing terbabit menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja selain beberapa individu tidak memiliki dokumen
01:13perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.
01:17Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan untuk menjalankan aktiviti hiburan.
01:25Johari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6, Kurungan 1, Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan Akta Imigresen 1959,
01:36Palang 63.
Comments