Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM2,262,750 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan skim pelaburan saham yang diperkenalkan oleh seorang ejen sejak tahun 2023.
Transcript
00:00Seorang wanita warga emas kerugian lebih 2.2 juta ringgit selepas dipercayai menjadi mangsa penimpuan skim pelaburan saham yang diperkenalkan
00:10oleh seorang ejen sejak tahun 2023.
00:13Ketua Polis Wangsa Maju SCP Mohd Lazim Ismail berkata pihak polis menerima laporan berhubung kes itu kira-kira jam 11
00:22.16 pagi pada Jumaat.
00:24Menurutnya mangsa yang berusia 66 tahun diperkenalkan kepada satu pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen yang menawarkan
00:34pulangan dividen sebanyak 10% setiap 3 bulan.
00:38Mangsa kemudiannya membuat beberapa transaksi bayaran secara berperingkat sehingga jumlah keseluruhan mencecah lebih 2.2 juta ringgit.
00:48Bagaimanapun mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan sebelum menyedari dirinya ditipu.
00:55Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak polis.
Comments

Recommended