Skip to playerSkip to main content
  • 20 hours ago
Peguam Besar Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh, berkata Perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini mengarahkan Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan semakan bersama Kerajaan Sabah bagi melaksanakan pemberian khas 40 peratus.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Besar Sabah mengesahkan Kerajaan Negeri akan membantah permohonan yang difailkan Pejabat Peguam Negara Malaysia AGC
00:09bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 17 Oktober 2025.
00:16Permohonan itu berkaitan dengan semakan dan penantuan hak Sabah terhadap 40% daripada hasil bersih persekutuan
00:25yang diperoleh daripada negeri ini bagi tempoh 1974 hingga 2021.
00:32Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brandon Keith Soeh berkata, Perintah Mahkamah Tinggi itu mengarahkan Kerajaan Persekutuan mengadakan semakan bersama Kerajaan
00:41Sabah
00:41bagi melaksanakan pemberian khas 40%.
00:45IAS laras dengan kerangka perlembagaan bagi tahun-tahun yang hilang serta mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari
00:52iaitu selewat-lewatnya pada 15 April depan.
00:56Beliau dalam kenyataan pada Khamis berkata,
00:58sejak keputusan tersebut dikeluarkan, Kerajaan Sabah dengan sepenuhnya kekal komited mematuhi isi dan maksud keputusan mahkamah tinggi tersebut.
01:07Brandon menambah, Kerajaan Sabah juga telah mengemukakan beberapa cadangan dan kerangka kerja
01:12bagi membantu pihak berkaitan mencapai persetujuan bersama.
01:16Selain itu, Kerajaan Sabah tidak ada melakukan sebarang penangguhan kelewatan
01:21maupun tidak memberi kerjasama dalam melaksanakan perintah Mahkamah Tinggi.
01:25Sebaliknya, Kerajaan Sabah telah mengambil langkah-langkah yang aktif dan berterusan
01:29bagi memastikan proses yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi itu dapat dilaksanakan secara teratur dan produktif.
01:37Sehubungan itu, Kerajaan Sabah kekal bersedia, bersetuju dan berkeupayaan untuk terus berunding dengan Kerajaan Persekutuan secara konstruktif
01:45dengan tujuan mencapai suatu keputusan yang dipersetujui bersama.
01:49Ini selaras dengan peruntukan perlembagaan yang mengawal pemberian khas tersebut
01:55serta terma-terma perintah Mahkamah Tinggi berkenaan.
01:59Dalam pada itu, Brandon menegaskan perkara 112D-6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
02:05memperuntukkan mekanisme perlembagaan yang jelas sekiranya pihak-pihak gagal mencapai persetujuan.
02:10Beliau berkata, memandangkan perbincangan masih berlangsung dan mengambil kira tempoh masa yang didetapkan oleh Mahkamah semakin hampir,
02:19Kerajaan Sabah berpandangan kedua-dua pihak perlu terus menumpukan perhatian serta mempergiat usaha
02:25bagi memenuhi terma-terma perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
02:29Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah akan sentiasa mengambil langkah undang-undang yang sewajarnya
02:34bagi melindungi hak dan kepentingan Negeri Sabah.
02:37Selain itu, menyokong prinsip kedaulatan undang-undang,
02:41prinsip perlembagaan serta semangat kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.
Comments

Recommended