Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dijangka mengendalikan lebih separuh penerbangan berjadualnya walaupun berdepan mogok dua hari oleh kesatuan juruterbang Vereinigung Cockpit (VC) pada Khamis dan Jumaat.

Tindakan mogok itu melibatkan penerbangan penumpang dan kargo dari semua lapangan terbang di Jerman sebagai tekanan dalam rundingan isu pencen.
Transcript
00:00Syarikat penerbangan Jerman Lufthansa dijangka mengendalikan lebih separuh penerbangan berjadualnya walaupun berdepan mogok dua hari oleh Kesatuan Juruterbang Verenigeng Cockpit
00:12VC pada Khamis dan Jumaat.
00:14Tindakan mogok itu melibatkan penerbangan penumpang dan kargo dari semua lapangan terbang di Jerman sebagai tekanan dalam rundingan isu pensyen.
00:26Bagaimanapun, penerbangan ke beberapa destinasi di Timur Tengah dikecualikan berikutan situasi keselamatan semasa.
00:34Konflik Iran-Amerika Syarikat turut memberi kesan besar kepada operasi global syarikat penerbangan dengan banyak laluan terpaksa dibatal atau dipindah.
00:44Dalam pada itu, Lufthansa kini tidak mengoperasikan penerbangan ke bandar seperti Tel Aviv, Dubai dan Abu Dhabi.
00:52Menurut Lufthansa, lebih 50% penerbangan akan kekal beroperasi sepanjang mogok termasuk 60% penerbangan jarak jauh dan 80%
01:03penerbangan kargo.
01:04Presiden Persatuan Cockpit Andres Pinheiro menegaskan, mogok bukan pilihan kesatuan tetapi langkah itu merupakan satu-satunya tekanan selepas tiada tawaran
01:15wajar diterima daripada Lufthansa.
01:37Dalam masa sama, Lufthansa menyifatkan tindakan VC sebagai tidak munasabah ketika ketidaktentuan geopolitik.
01:46Manakala kesatuan itu menjangka sehingga 300 penerbangan dibatalkan setiap hari sepanjang mogok.
Comments

Recommended