Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Seramai 14,332 pengarah syarikat dihalang keluar negara sehingga Disember 2025 kerana gagal membayar caruman KWSP.
Transcript
00:00Seramai 14,332 pengarah syarikat telah dihalang daripada meninggalkan Malaysia sehingga Disember 2025 kerana gagal membayar caruman kumpulan wang simpanan
00:13pekerja KWSP bagi pekerja mereka.
00:16KWSP dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan jumlah itu merangkumi 2,257 nama baharu yang diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
00:26antara Januari dan Disember 2025 di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991.
00:36Sepanjang 2025, KWSP turut memfalkan 3,530 saman sivil dan mengambil 6,011 tindakan jenayah terhadap pengarah syarikat serta majikan
00:48yang gagal menunaikan caruman pekerja.
00:50Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin berkata, semua majikan bertanggungjawab mematuhi kewajipan yang ditetapkan di bawah Seksyen 43 Kurungan 1
01:02Akta KWSP, termasuk memastikan caruman dikreditkan dengan tepat dan mengikut masa.
01:09Menurut Sazaliza, majikan yang gagal memenuhi kewajipan membayar caruman KWSP boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, termasuk proseding sivil, pendakwaan jenayah dan
01:21sekatan perjalanan ke luar negara.
01:24Sazaliza turut menjelaskan bahawa rangka kerja KWSP memastikan majikan memenuhi tanggungjawab mencarum bagi pihak pekerja kerana tanpa mekanisme undang-undang
01:35itu, pekerja mempunyai ruang terhad untuk memastikan majikan membuat caruman secara konsisten.
01:41Dalam tempoh sama, KWSP menyelesaikan 8,868 kes tunggakan caruman daripada 21,029 aduan pekerja yang diterima, manakala 12,161
01:55kes lagi sedang dalam siasatan dan tindakan undang-undang.
01:59KWSP akan terus mempergiat usaha penguatkuasaan bagi memastikan majikan memenuhi kewajipan yang ditetapkan, manakala pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan
02:11tegas demi melindungi simpanan persaraan ahli.
02:14Sementara itu, majikan turut digalakkan menggunakan i-akaun majikan untuk menyemak senarai pekerja, status caruman dan sejarah pembayaran serta hadir
02:26ke pejabat KWSP sekiranya terdapat tunggakan caruman yang perlu diselesaikan.
Comments

Recommended