00:00Esawani bersama NGO Komalaysia melaksanakan misi bantuan barangan asas kepada pelarian warga Palestine selaku waris Nakba di Lubnan bersempena bulan
00:09suci Ramadan pada 22 Februari lalu.
00:12Dalam kunjungan itu, mereka turut mendengar kisah pilu Nazmiya Ali Khadura berusia 80 tahun yang ketika peristiwa Nakba pada 15
00:21Mei 1948 berlaku baru berusia 2 tahun dan terpaksa memulakan kehidupan sebagai pelarian.
00:30Nazmiya berasal dari desa Al-Kabri di Wilayah Akri merupakan antara generasi pertama pelarian Palestine yang masih hidup dan kini
00:38menetap di ken pelarian Bush al-Barashni di Beirut.
00:42Peristiwa Nakba menyaksikan lebih 700 ribu rakyat Palestine terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas dihalau rejim Zionis Israel dengan sokongan pentadbiran
00:53dan tentera British ketika itu.
01:00saya berdoa rejim Zionis Israel dengan sokongan pentadbiran dan tentera British ketika itu berdoa rejim Zionis Israel dengan sokongan pentadbiran
01:24dan tentera British ketika itu.
01:26Nazmiya berkata ramai penduduk yang enggan meninggalkan kampung halaman dibunuh serta-merta oleh rejim tersebut namun dia terselamat apabila ibu
01:35bapanya berjaya mendapatkan pelindungan di Lubnan.
01:39Tambahnya kebanyakan keluarga meninggalkan kediaman tanpa membawa harta benda kerana helah pihak British mengatakan konflik akan berlaku seketika sahaja namun
01:50ternyata ia berlarutan selama tujuh dekad.
01:53Kini dia hanya menyimpan segumpal tanah yang diberikan oleh seseorang yang sempat melawat lokasi asal Al-Kabri sebagai lambang ingatan
02:02terhadap tanah airnya.
02:03Ada dalam kalangan warga pelarian yang ditemui malah masih menyimpan kunci rumah berserta geran tanah dari Palestine.
02:12Nazmiya juga tidak pernah berhenti berharap agar dapat kembali ke Palestine.
Comments