00:00Timbalan Ketua Menteri Satu Pulau Pinang, Dato' Muhammad Abdul Hamid bersama Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Zakat Pulau Pinang
00:07telah mengambil tindakan undang-undang terhadap empat individu yang didakwa menyebabkan fitnah berkaitan kes penyalahgunaan dana zakat.
00:15Muhammad yang juga dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata bagi fasa pertama pihaknya mengeluarkan surat tuntutan ke atas
00:26aktiviti pembela tanah air atau cek gubat atau nama sebenarnya Badrul Hisham Syaharin, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawaz
00:35Muhammad Jan, Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Penaga, Muhammad Yusni Matpiah dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Hafiz Alias.
00:43Bagi mempertahankan reputasi dan integriti institusi ini, saya secara peribadi serta pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Zakat
00:55Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah memulakan proses tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah tersebut.
01:05Saya akan mengambil tindakan lanjut bagi mempertahankan maruah serta kewibawaan institusi agama utama negeri ini iaitu Majlis Agama Islam Negeri
01:17Pulau Pinang daripada terus diperkotak-katikan demi agenda politik pihak tertentu.
01:23Sementara itu, Peguam Beliau, Datuk Habib Rahman Sini Muhyiddin berkata, tindakan bukan sahaja tertumpu kepada pihak yang menghasilkan bahan tersebut,
01:32malah turut melibatkan individu yang menyebar, menerbitkan semula atau berkongsi kandungan berkenaan.
01:37Kami telah berikan satu tempoh masa dalam tujuh hari untuk pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan yang dituntut dan sekiranya gagal,
01:50kami akan mengambil tindakan proseding di mahkabah.
01:54Katanya bagi fasa kedua, pihaknya sedang dalam proses mengenalpasti beberapa pihak dan individu lain yang menyebarkan kenyataan berunsur fitnah tersebut.
02:02SPRM Pulau Pinang sebelum ini membuka kertas siasatan berhubung salah guna kuasa mempapitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan
02:11pembelian tanah menggunakan dana zakat.
02:14SPRM Pulau Pinang turut memanggil 63 individu termasuk Muhammad bagi membantu siasatan berhubung dawaan salah guna kuasa berkenaan.
Comments