Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Qatar mengecam serangan Israel di selatan Lubnan sebagai pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta menyeru masyarakat antarabangsa bertindak menghentikan serangan yang telah mengorbankan ratusan nyawa dan memaksa ratusan ribu penduduk berpindah.
Transcript
00:00Qatar mengecam keras serangan Israel di selatan Lubnan dan menyifatkannya sebagai pelanggaran jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
00:08Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan di media sosial menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan bagi menghentikan serangan berulang Israel
00:17ke atas Lubnan.
00:20Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar Qatar berharap komuniti antarabangsa supaya menunaikan tanggungjawab mereka dengan mendesak pihak berkuasa pendudukan Israel menghentikan
00:29serangan berulang terhadap Lubnan serta memetuhi konvensyen dan undang-undang antarabangsa.
00:35Qatar turut menegaskan bahawa sokongannya terhadap perpaduan, kedaulatan dan integriti wilayah Lubnan kekal teguh.
00:41Menurut kenyataan tersebut, Doha juga menyokong sepenuhnya segala usaha yang mampu memperkukuh kestabilan dan kemakmuran negara itu.
00:48Sejak Islam lalu, sekurang-kurangnya 687 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan termasuk 98 kanak-kanak.
00:57Serangan berterusan itu teruk menyebabkan kira-kira 750,000 penduduk dipaksa menegalkan kediaman masing-masing.
Comments

Recommended