Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
IRGC dalam satu kenyataan berkata kapal tangki minyak Safesea Vishnu, yang dimiliki oleh sebuah syarikat Amerika dan mengibarkan bendera Kepulauan Marshall, telah diserang di utara selat itu pada awal pagi selepas gagal mematuhi amaran yang diberikan.
Transcript
00:00Pasukan Kor Pengawal Revolusi Islam IRGC Iran pada Khamis menyatakan pasukan telah menyerang sebuah kapal tangki minyak Amerika Syarikat di
00:08Selat Hormuz
00:09selepas kapal itu didakwa mengabaikan amaran berulang kali.
00:13IRGC dalam satu kenyataan berkata kapal tangki minyak Safe Sea Vishnu yang dimiliki oleh sebuah syarikat Amerika
00:20dan mengibarkan bendera Kepulauan Marshall telah diserang di utara Selat itu pada awal pagi selepas gagal mematuhi amaran yang diberikan.
00:30Pasukan itu menyatakan lalu lintas maritim di Teluk Pasir dan Selat Hormuz kini menghadapi risiko yang semakin meningkat
00:37sambil meletakkan tanggungjawab terhadap situasi berkenaan kepada Amerika Syarikat.
00:42IRGC turut menggesa kapal-kapal komersial untuk mematuhi peraturan maritim Iran bagi mengelakkan daripada menjadi sasaran peluru berpandu.
00:51Media antarabangsa melaporkan 38 anak kapal diselamatkan selain usaha mencari dan menyelamat mangsa hilang diteruskan.
00:58Pada 2 Mac, Teheran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap perang berterusan Amerika Syarikat Israel terhadap Iran.
01:06Langkah itu telah menyebabkan kos penghantaran dan insurans melambung tinggi
01:10serta melonjakkan harga minyak global sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai kesan ekonomi di seluruh dunia.
01:17Serangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat dan Israel meneruskan serangan udara ke atas Iran yang bermula pada 28 Februari lepas
01:25yang telah mengorbankan kira-kira 1,300 orang dan mencederakan lebih 10,000 yang lain.
01:30Teheran telah membalas dengan serangan drone dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Irak serta negara-negara teluk yang menempatkan aset
01:39Tentera Amerika.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended