Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Iran tidak akan menyertai Piala Dunia 2026 susulan konflik peperangan antara Amerika Syarikat dan Israel yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi negara tersebut, Ayatollah Ali Khamenei.
Transcript
00:00Iran tidak akan menyertai Piala Dunia 2026.
00:03Sesuatu konflik peperangan antara Amerika Syarikat dan Israel
00:06yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara tersebut, Ayatullah Ali Khamini.
00:10Piala Dunia 2026 dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai
00:15dengan Amerika Syarikat bertindak sebagai tuan rumah bersama Kanada dan Meksiko.
00:20Iran dijadual memulakan kempen dengan menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun
00:26sebelum berdepan Daljam pada 21 Jun.
00:29Pasukan itu kemudiannya akan beraksi menentang Mesir di Seattle pada 26 Jun.
00:35Menurut Menteri Sukan Iran Ahmad Dunia Mali, penyertaan Iran dalam kejohanan berkenaan
00:40tidak akan berlaku kerana situasi keselamatan yang tidak menentu
00:44selepas serangan udara yang mengorbankan Khamini.
00:47Dua hari selepas kejadian, Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran Mehdi Taj
00:51memaklumkan bahawa situasi tersebut menyukarkan negara itu
00:56untuk menantikan Piala Dunia dengan penuh harapan.
00:59Awal bulan ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika ditanya mengenai
01:04kemungkinan penyertaan Iran dalam Piala Dunia berkata,
01:07beliau tidak mengambil peduli mengenai perkara berkenaan.
01:11Setakat ini masih belum jelas bagaimana badan induk bola sepak dunia FIFA
01:16akan menangani penarikan diri Iran daripada kejohanan tersebut.
01:20Menurut Peraturan Piala Dunia 2026, sekiranya mana-mana persatuan ahli
01:26yang layak menarik diri atau disingkirkan daripada kejohanan itu,
01:31FIFA mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan dan mengambil sebarang tindakan
01:36yang difikirkan perlu, termasuk menggantikan pasukan tersebut dengan pasukan lain.
Comments

Recommended