Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Projek BCCK 2 dijangka siap pada Mac 2028 dengan kapasiti 9,500 delegasi. Lawatan tapak menunjukkan kerja pembinaan berada di hadapan jadual serta penting dalam memperkukuh industri acara di Sarawak.
Transcript
00:00Pembinaan pusat konvensyen Borneo Kuching II BCCK II dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac 2028.
00:07Kemudian baru itu dijangka mampu menampung sehingga 9,500 delegasi pada satu-satu masa
00:14sekaligus memperkukuhkan kedudukan Sarawak sebagai destinasi utama bagi konvensyen dan acara antarabangsa.
00:23Timbalan Premier Sarawak Datuk Ammar Douglas Uga Embas berkata
00:27Pembangunan BCCK II merupakan inisiatif strategik oleh kerajaan Sarawak bagi memperluas kapasiti negeri
00:33dalam menganjurkan persidangan antarabangsa, pameran serta pelbagai acara perniagaan berskala besar.
00:40Beliau yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak menambah
00:44projek tersebut juga akan melengkapkan kemudahan sedia dia di BCCK
00:49sekaligus menyokong perkembangan pesat industri acara di Sarawak.
00:53Uga berkata demikian menerusi satu kenyataan media selepas mengandakan lawatan
00:58ke tapak pembinaan projek tersebut di Kuching pada Rabu.
01:01Dalam lawatan itu, pihak kontraktor turut memberikan taklimat mengenai pelan perolehan bahan binaan
01:07serta sumber bekalan yang digunakan dalam projek berkenaan termasuk bahan yang diperoleh dari Cina.
01:14Taklimat antara lain bertujuan bagi memastikan sebarang ketidaktentuan geopolitik global
01:19termasuk konflik yang sedang berlaku di Asia Barat tidak menjejaskan kemajuan
01:24mahupun jadual pelaksanaan projek.
Comments

Recommended