Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menggalakkan golongan belia menceburi sektor pertanian melalui Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang menyediakan akses tanah secara tersusun serta peluang menjadi usahawan tani muda.
Transcript
00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM menggalakkan golongan belia,
00:05meceburi sektor pertanian melalui projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan TKPM.
00:11Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Funghin berkata,
00:15inisiatif itu dilaksanakan bagi memberi peluang kepada generasi muda mengusahakan tanah pertanian secara teratur.
00:23Funghin berkata, TKPM merupakan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
00:29bagi membolehkan belia memohon tanah untuk aktiviti pertanian dan pertenakan.
00:34Menurutnya, terdapat 9 TKPM di Johor dan secara keseluruhan 76 projek di seluruh negara
00:41yang menyediakan ruang kepada golongan muda menceburi bidang agromakanan.
00:45Beliau berkata, Kementerian yakin inisiatif itu mampu melahirkan tenaga kerja pertanian berkemahiran tinggi
00:51serta usahawan tani muda sekaligus meningkatkan produktiviti sektor agromakanan negara.
00:56Kementerian juga membuka ruang penyelarasan rentas agensi bagi mengenal pasti tanah berpotensi
01:02untuk pembangunan pertanian dan memperluaskan peluang kepada belia.
01:06Beliau turut menasihati golongan muda agar mengikuti makluman dalam laman web dan media sosial
01:12Jabatan Pertanian Negeri bagi mengetahui peluang permohonan tanah.
01:15Dalam perkembangan berasingan, Funghi menggesa pesawah supaya melaporkan segera kepada Kementerian
01:21jika berlaku manipulasi dalam sistem potongan berat padi oleh pihak penghilang atau pembeli.
01:26Katanya, tindakan intervensi akan diambil jika terdapat pihak yang menjejaskan pendapatan pesawah
01:32melalui persaingan tidak sihat atau pemberian imbuhan yang menyebabkan kadar potongan padi tidak adil.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended