00:00Nissan Motor, Uber Technologies dan syarikat Britain Wave mengumumkan kerjasama membangunkan roboteksi.
00:07Menurut kenyataan bersama, program perintis dijangka dilancarkan di Tokyo menjelang akhir tahun 2026.
00:15Kerjasama itu merupakan usaha pertama Uber dalam teknologi kenderaan autonomi di Jepun.
00:21Perkhidmatan tersebut akan menggunakan kereta elektrik Nissan Leaf yang dilengkapi teknologi pemanduan sendiri dibangunkan oleh Wave.
00:28Kenderaan itu akan disediakan kepada pelanggan melalui platform Uber dan pada peringkat awal akan beroperasi dengan kehadiran pemandu keselamatan terlatih
00:36di dalam kereta.
00:37Uber merancang melancarkan perkhidmatan itu melalui rakan kerjasama taksi berlesin di Jepun.
00:43Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Ivan Espinosa berkata pihaknya sudah menilai kemungkinan untuk memperluas kerjasama ke pasaran lain
00:52selain Jepun.
01:10Wave yang disokong oleh Softbank dan Nvidia sebelum ini telah menjalin kerjasama dengan Uber pada Ogos 2024.
01:17Kedua-dua syarikat menyasarkan pelancaran perkhidmatan di lebih 10 bandar di seluruh dunia termasuk London.
01:24Pada September lalu, Nissan memaklumkan ujian sistem bantuan pemandu menggunakan teknologi Wave telah dimulakan menjelang pelancaran rasmi di Jepun pada
01:33tahun kewangan 2027.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments