Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Profesor Diraja Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Istana Negara sebagai penghormatan kepada tokoh ilmuwan Islam yang meninggal dunia Ahad lalu.
Transcript
00:00Raja Permaisuri Agong, Raja Zaris Sofiyah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bagi Ahmad Yarham Profesor Diraja Tan
00:08Sri Syed Muhammad Nakib Al-Atas di Istana Negara pada Khamis. Majlis itu diadakan bagi memberi penghormatan terakhir kepada tokoh
00:15ilmuwan dan pemikir peradapan Islam terkemuka negara.
00:20Pada Majlis itu, Raja Zaris Sofiyah turut berkenan menerima menghadap anak perempuan Al-Yarham, Syarifah Syifa Al-Atas. Al-Yarham
00:29Syed Muhammad Nakib meninggal dunia ahad lalu pada usia 94 tahun.
00:34Jenazah pengasas dan pengarah Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Matarabangsa itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada keesokan
00:43hari.
00:43Pada Oktober 2024, Al-Yarham dikurniakan gelaran Profesor Diraja oleh Yang Diputuan Agong Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya
00:53dalam bidang ilmu dan pendidikan Islam.
00:56Gelaran Profesor Diraja merupakan penghormatan tertinggi yang dikurniakan kepada seorang Profesor oleh Yang Diputuan Agong.
Comments

Recommended