00:00Baik kita beralih ke perkembangan terkini, konflik di Asia Barat.
00:03Pendapatan Malaysia selaku pengeluar minyak akan meningkat apabila berlakunya kenaikan harga minyak di peringkat global.
00:10Penasihatkanan politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Sri Zafrul Abdul Aziz berkata,
00:15kelebihan yang ada pada Malaysia itu sedikit sebanyak akan mengurangkan kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat.
00:22Tahun lepas sahaja, Malaysia menghasilkan kira-kira 184 juta tong minyak mentah dan kondensan.
00:32Apabila harga minyak dunia meningkat, pendapatan negara daripada industri minyak juga meningkat.
00:36Saya bagi contoh, bagi tahun kewangan 2025, Petronas meluluskan dividen sekitar RM32 bilion kepada kerajaan
00:46dan bagi 2026 jumlahnya sekitar RM20 bilion.
00:50Kekuatan itu membantu kerajaan melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga.
00:56Sebab itu, di Malaysia, harga RON95 untuk rakyat yang layak masih RM1.99 se-liter melalui Budi95.
01:06Walaupun harga tanpa subsidi lebih tinggi, kerajaan juga melaksanakan subsidi bersasar
01:11supaya bantuan sempai kepada rakyat yang memerlukan dan juga ini mengurangkan keterisan.
01:17Yang penting, rakyat faham apabila harga minyak dunia naik, banyak negara hanya menanggung kos yang lebih tinggi.
01:24Malaysia berbeza. Kita bukan sekadar membeli minyak, kita juga menghasilkan.
01:29Dan kekuatan itu kita gunakan untuk melindungi rakyat.
01:33Terima kasih.
01:33Terima kasih.
Comments