00:00Malaysia memulakan operasi evakuasi rakyat Malaysia dari zon konflik Asia Barat pada selasa dengan menghantar sebuah pesawat sewaan khas Malaysia
00:08Airlines ke Jeddah, Arab Saudi.
00:11Pesawat yang melepas pada 4.10 petang dari lapangan terbangan terbangsa Kuala Lumpur KLIA itu dijadual tiba di Jeddah pada
00:188.50 malam waktu tempatan sebelum melepas pulang ke tanah air pada 10.20 malam.
00:27Memetik bernama penerbangan itu dijadualkan tiba di KLIA tengah hari esok 11 Mac.
00:33Difahamkan misi itu bakal membawa pulang sekumpulan rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di beberapa lokasi termasuk Syria, Jordan dan
00:40Qatar.
00:42Kumpulan ini difahamkan merangkumi mereka yang telah dipindahkan ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang selain melibatkan 5 warga negara Thailand
00:50yang merupakan ahli keluarga kepada rakyat Malaysia yang terjejas.
00:54Jumlah penumpang bagi misi pertama ini dianggarkan sekitar 200 orang yang terdiri daripada pelajar, pengembara serta jemaah umrah namun angka
01:03akhir tertakgeluk kepada pengesahan di lapangan.
01:07Operasi itu dilaksanakan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua langkah yang perlu digerakkan dengan segera bagi
01:14memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di kawasan terlibat sentiasa terpelihara.
01:21MKN menyelaras operasi ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di negara-negara berkaitan.
01:30Ketegangan di Asia Barat meruncing sejak 28 Februari susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat ke atas Iran diikuti oleh serangan
01:37balas Teheran terhadap kepentingan Amerika di negara teluk.
01:40Terima kasih kerana menonton!
Comments