Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Suspek yang dikenali sebagai Ivanna Lisette Ortiz, dari Florida, dilapor melepaskan beberapa das tembakan dari sebuah kenderaan Tesla berwarna putih, menggunakan senjata jenis AR‑15, seperti dilaporkan Los Angeles Times.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Baik, wanita berusia 35 tahun yang ditahan selepas melepaskan tembakan ke arah kediaman bintang pop Rihanna di Beverly Hills ahad
00:09lalu, dikenalpasti sebagai Ivana Lizette Ortiz.
00:12Suspek dari Florida itu dilaporkan melepaskan beberapa das tembakan dari sebuah kenderaan Tesla berwarna putih.
00:21Rihanna berada di dalam rumah ketika kejadian, namun tiada kecederaan dilaporkan.
00:26Polis menemukan kelongsong peluru senapang serbu di lokasi kejadian, manakala beberapa tembakan mengenai bahagian luar rumah dan sebuah kenderaan yang
00:36diparkir di hadapan.
00:38Motif serangan masih belum dikenalpasti.
00:41Pihak berkuasa kemudiannya mengesan Tesla berkenaan kira-kira 12km dari rumah Rihanna di sebuah pusat beli-belah sebelum menahan suspek
00:50tanpa insiden lanjut.
00:51Jaminan ditetapkan pada 10.2 juta dolar Amerika.
00:55Pihak polis masih menyiasat sama ada suspek mempunyai sebarang hubungan dengan Rihanna atau keluarganya.
01:02Rihanna yang kini menetap di rumah tersebut bersama pasangannya A$AP Rocky dan tiga anak mereka dilaporkan selamat.
01:09Wakil penyanyi itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.
01:15Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!
01:15Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended