Skip to playerSkip to main content
Lapan 'Geng Adik Labu Besar' didakwa terlibat kumpulan penjenayah

Seorang kakitangan bank dan pelajar antara lapan individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang pada tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.

Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22, Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23, Muhamad Samerin Shahrom, 35, Mohamed Aizat Rosmadi, 28, Aizal Abuk Bakar, 23, Mohammad Zaini Yusoff, 27, Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22 dan Muhamad Fitri Abdul Karim, 31, mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid, pada Selasa.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/771150/berita/semasa/kakitangan-bank-pelajar-antara-8-geng-adik-labu-besar-dituduh-terlibat-kumpulan-penjenayah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Jenayah #GengAdikLabuBesar #Butterworth
Transcript
00:00Seorang kakitangan bank dan pelajar antara lapan individu dihadapkan ke Mahkamah Session Butterworth di atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah
00:10terancang pada tahun lalu.
00:11Nur Alia Nadirah Cihassan, 22 tahun, Nurul Natasha Muhammad Syukri, 23 tahun, Muhammad Samerin Syahrum, 35 tahun, Muhammad Aizat Rosmadi,
00:2228 tahun, Aizal Abu Bakar, 23 tahun, Muhammad Zaini Yusuf, 27 tahun, Muhammad Azizi Abdul Ghafar, 22 tahun dan Muhammad
00:32Fitri Abdul Karim, 31 tahun, mengaku faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid pada selasa.
00:40Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Adit Labu Besar antara Mac hingga 16 Oktober 2025.
00:51Mereka masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah apartmen Vista Perdana di Jalan Kampung Gajah, Kampung Gajah, Butterworth, Pulau
00:59Pinang.
01:00Oleh demikian, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130V Kurungan 1 Kanun Keseksaan Akta 574 dan boleh dihukum di bawah
01:10Seksyen yang sama.
01:11Jika sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dipenjara tidak kurang 5 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.
01:18Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya V. Suloshani dan Mariam Jamilia Abdul Manaf.
01:23Peguam Manjid Singh Man mewakili Nurul Natasha manakala tujuh tertuduh tidak diwakili peguam.
01:29Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mana-mana tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
01:37Tiada jaminan ditawarkan Suloshani terhadap kesemua tertuduh berikutan kes melibatkan keselamatan awam.
01:43Manjid bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan satu jaminan terhadap anak guamnya.
01:48Roslan kemudiannya tidak membenarkan jaminan bagi kesemua tertuduh kerana permohonan jaminan hanya boleh dilakukan di mahkamah tinggi.
01:56Kes ditangguh hingga 4 Mei untuk sebutan semula serta serahan dokumen.
Comments

Recommended