Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Ketegangan geopolitik di Asia Barat kini memberi kesan menyeluruh kepada rantaian bekalan global, industri tenaga dan pengangkutan, tanpa memberikan sebarang keuntungan kepada mana-mana negara. Kesan konflik yang meluas ini menjejaskan ekonomi dunia secara menyeluruh, termasuk negara yang sedang maju dalam tenaga hijau seperti China, yang masih bergantung kepada minyak dari Teluk untuk menyokong industri penapisan mereka.
Transcript
00:00Ketegangan geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan menyeluruh kepada rantaian bekalan global, industri tenaga dan pengangkutan tidak memberikan sebarang
00:08manfaat kepada mana-mana negara.
00:10Menurut pengarah strategi dan perkongsian Asia School of Business, Izzaz Azhar kesan konflik yang semakin meluas itu sehingga merugikan negara
00:19yang tidak terbabit dalam peperangan.
00:45Sementara itu, Izzaz menjelaskan, walaupun tiada sekatan fizikal berlaku di Selat Hormuz, industri perkapalan tetap lumpuh akibat faktor komersial, bukan
00:57ketenteraan.
00:58Kenaikan mendadak premium insurans menyebabkan kapal komersial memilih untuk tidak melalui kawasan tersebut, sekaligus menambah tekanan kepada rantaian bekalan global.
01:10Katanya, situasi ini sukar untuk ditanggani kerana pihak kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memaksa syarikat insurans menurunkan kadar risiko mereka.
01:19Melihat kepada tren sejarah, Izzaz berpendapat dunia perlu bersedia untuk situasi yang mungkin berlarutan lebih lama dan menasihatkan agar semua
01:28negara kekalkan pertimbangan nasional.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended