00:00Seorang lelaki maut manakala tangan adik perempuannya hampir putus akibat ditetak dalam kejadian di Taman Kempas Sungai Pertani awal pagi
00:09pada selasa.
00:10Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda SCP Hanyan Ramlan, mangsa berusia lewat 20-an dilaporkan mengalami tetakan berulang kali dan
00:19maut di tempat kejadian di hadapan rumahnya.
00:24Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 12.30 malam sehingga pukul 2 pagi tadi.
00:30Adik perempuan kepada mangsa yang maut turut dilaporkan mengalami kecederaan dan tangannya hampir putus.
00:35Beliau berkata, susulan kejadian itu pihak polis telah menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang perempuan bagi membantu siasatan.
00:44Motif serangan masih dalam siasatan namun dipercayai bukan disebabkan mabuk.
00:49Hubungan ketiga-tiga suspek juga sedang disiasat dan suspek lelaki dikatakan tinggal di kawasan perumahan yang sama dengan mangsa.
00:56Mayat mangsa yang maut dibawa ke hospital Sultan Abdul Halim untuk proses berdas siasat manakala adiknya yang cedera turut menerima
01:04rawatan di hospital sama.
01:06Menurut Hanyan lagi, terdapat beberapa senjata yang dipercayai digunakan suspek ditemui di lokasi kejadian dan turut dirampas untuk siasatan lanjut.
01:15Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Comments