00:00Rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan semakan kehakiman
00:04membabitkan pelarasan bayaran pencin berdasarkan gaji akhir kepada pesara
00:08mengikut pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016 berkuatkuasa Januari 2022
00:14akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada Isnin.
00:17Keputusan berkenaan akan disampaikan panel 3 hakim Mahkamah Rayuan
00:20diketahui Datuk Lim Chongfong, Datuk Azhar Hari Kamal Ramli
00:24dan Datuk Mio Hasimi Abdul Hamid pada 9 pagi.
00:31Pada 9 September tahun lepas, panel berkenaan selesai mendengar penghujahan
00:36Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hanbali Alliance Arwi
00:39yang mewakili kerajaan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selaku perayu.
00:43Manakala Peguam Datuk Baljit Singh Sindu dan Datuk Abdul Syukur Ahmad
00:47mewakili pesara Aminah Ahmad.
00:49Aminah yang bersara sebagai penjawat awam kanan di Kementerian Luar
00:52memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 12 Januari 2024
00:56atas kapasiti beliau sendiri dan bagi pihak 56 pesara perkhidmatan awam.
01:02Pada 16 Januari 2025, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjit Singh
01:07membenarkan semakan kehakiman Aminah dan mengarahkan kerajaan
01:11dan Jabatan Perkhidmatan Awam membayar tunggakan pencin
01:14dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh keputusan.
01:17Bagaimanapun pada 4 Mac tahun lalu, Amarjit membenarkan permohonan kerajaan
01:22untuk menangguhkan bayaran tunggakan pencin kepada 531,976 pesara
01:28berjumlah 1.7 bilion ringgit
01:32sementara menunggu pelupusan rayuannya di Mahkamah Rayuan.
01:35Aminah memohon perintah Mandamus bagi mengarahkan responden
01:38mempercepatkan pelarasan pencin
01:40mengikut jumlah kelayakan berdasarkan formula terkandung dalam Seksyen 3 dan 6
01:45Akta Pelarasan Pencin 1980, PAA 1980
01:49sebelum ia dipindah menerusi Seksyen 3 dan 7
01:52Akta Pelarasan Pencin Pindaan 2013, PAA 2013.
01:57Beliau turut memohon perintah supaya tunggakan pencin dibayar dalam tempoh 14 hari
02:02selain pengisytiharan bahawa kegagalan berbuat demikian
02:06adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
02:09Mengikut skim lama, pencin pesara disemak berdasarkan gaji
02:14semasa penjawat awam yang masih berkhidmat dalam grade berkenaan
02:17namun pindaan 2013 memperkenalkan kaedah baharu
02:22dengan kenaikan kadar tetap 2% setahun.
Comments