Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Armizan Mohd Ali berpendapat dengan jumlah sekitar 56 kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak, kedua-dua negeri itu boleh memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju Kerajaan Persekutuan.
Transcript
00:00Sabah dan Sarawak berupaya menjadi blok penentu dalam pembentukan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-16.
00:08Timbalan Setiausaha Agong Gabungan Raya Sabah GRS, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata,
00:13keputusan pilihan raya umum ke-15 menunjukkan tiada parti tunggal mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah secara bersendirian.
00:20Jelas Armizan, dengan jumlah sekitar 56 kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak,
00:25kedua-dua negeri itu boleh memainkan peranan penting dalam menentukan hala tujuh kerajaan persekutuan.
00:32Menurutnya, jika parti-parti tempatan bersatu dan mempunyai jumlah kerusi mencukupi,
00:39Blok Borneo berupaya menetapkan agenda teras negara.
00:43Bagaimanapun, perpecahan dalam kalangan parti tempatan akan melemahkan kekuatan blok berkenaan
00:49dan hanya menjadikannya sebagai pelengkap kepada gabungan lain.
00:55Maka, Sabah dan Sarawak yang ada kerusi, saya fikir lebih kurang 56 kerusi secara keseluruhannya,
01:03boleh menjadi blok yang penting.
01:06Itu adalah situasinya, itu adalah realiti yang berlaku.
01:12Tetapi, di pihak Sabah-Sarawak itu yang penting, bagaimana kita, bagi saya, memanfaatkan,
01:19leverage on that situation.
01:22Itu satu persoalan yang cukup penting.
01:25Adakah kita masih lagi mahu mengambil peranan sebagai passenger,
01:31sebagai pelengkap untuk menubuhkan sesebuah kerajaan,
01:35ataupun kita mahu menjadi satu blok kuat yang boleh,
01:40bukan hanya membentuk kerajaan, tetapi we can set the agenda,
01:44the co-agenda of the government.
01:48Jadi, kalau kita masih berpecah sesama kita,
01:51blok itu tidak menjadi kuat.
01:53Yang kedua, kita banyak kerusi dan kita menentukan pendirian kita.
01:58We can decide on our own whip,
02:02bukannya menjadi penumpang kepada pihak-pihak lain.
02:05Jadi, maksudnya apa?
02:06Kita kena bertanding dan menang atas satu gabungan kerusi.
02:10lokal lah.
02:12Harumizan berkata demikian ketika diminta mengelas kenyataan bekas
02:15Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Saleh Said Keruak,
02:18berhubung potensi Sabah dan Sarawak sebagai blok penentu pada PRU-16.
02:24Beliau turut menyatakan,
02:26kedudukan sebagai blok penentu memberi peluang strategik
02:29untuk Sabah dan Sarawak memperjuangkan agenda serta dasar
02:33yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dan negeri.
02:37Selain itu, keputusan pilihan raya negeri sebelum ini juga
02:41menunjukkan kecenderungan rakyat menyokong parti tempatan
02:45sekaligus mengukuhkan lagi potensi blok berkenaan menjelang PRU-16.
Comments

Recommended