Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Timbalan Pengarah MINDA UKM, Dr Anuar Ahmad menegaskan bahawa reformasi kurikulum tidak akan berjaya tanpa pembaikan terhadap ekosistem kerja guru. Beliau merujuk laporan Bank Dunia 2023 yang menyatakan guru Malaysia antara paling terbeban dengan tugas bukan pengajaran, menjejaskan fokus PdP.
Transcript
00:00Usaha reformasi kurikulum pendidikan negara tidak boleh dipisahkan daripada pembinaan guru yang berkualiti.
00:07Timbalan pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Minda UKM, Dr. Anwar Ahmad menegaskan,
00:15ciri-ciri guru yang baik perlu diberi perhatian serius sekiranya Malaysia mahu melaksanakan pembaharuan pendidikan yang berkesan.
00:24Dalam temubual di program Awani Pagi pada Jumaat, Dr. Anwar turut merujuk laporan Bank Dunia pada 2023
00:31yang mendapati Malaysia antara negara yang paling membebankan guru dengan tugasan bukan pengajaran.
00:38Antara lain, menurut laporan itu, masa guru yang sepatutnya diperuntukkan untuk sesi pengajaran dan persediaan kelas
00:45banyak dihabiskan menjalankan kerja pentadbiran serta tugasan sampingan.
00:50Ciri-ciri guru yang baik ini harus diberikan perhatian apabila kita cakap soal reformasi belikan.
00:57Bagaimana guru dipilih, adakah guru mengajar opsiun dalam kelas, adakah guru diberikan masa ruang yang cukup untuk belajar.
01:05Kalau kita lihat Bank Dunia dalam tahun 2023 melaporkan bahawa Malaysia adalah antara negara dalam kajian mereka
01:14yang jelas menunjukkan guru-guru kita dibebankan dengan berbagai tugasan bukan pengajaran.
01:21Dalam pada itu, beliau berkata, situasi di mana guru dibebankan dengan tugas bukan pengajaran
01:27akan memberi kesan langsung kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran atau PDP.
01:32Beliau menegaskan, reformasi kurikulum hanya akan berjaya jika guru diberikan ekosistem kerja
01:38yang membolehkan mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas utama iaitu mengajar.
Comments

Recommended