Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
KKM menyasarkan pelaksanaan penuh Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di semua fasiliti kesihatan primer menjelang akhir 2027. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, usaha pendigitalan melalui sistem CCMS dan DIS telah dilaksanakan sejak 2024 dan akan diperluas ke lebih 1,000 klinik kesihatan dan pergigian.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menyasarkan pelaksanaan penuh sistem rekod perubatan elektronik atau EMR di semua fasiliti kesihatan prima selewat-lewatnya
00:11penghujung tahun 2027.
00:13Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad, usaha pendigitalan ini bertujuan memperkukuh kesinambungan rawatan, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, mengurangkan pertindihan
00:25rawatan serta memastikan akses maklumat yang lebih pantas dan selamat.
00:32Jelasnya inisiatif ini telah dilaksanakan melalui penggunaan cloud-based klinik manajemen sistem CCMS di klinik kesihatan dan dental information system
00:43DIS di klinik pergigian.
00:45Sehingga akhir 2025, CCMS telah meliputi 412 klinik kesihatan manakala 137 lagi klinik akan didigitalkan pada 2026 dan baki 588
00:59klinik pula disasarkan selesai sepenuhnya menjelang akhir 2027.
01:04Sementara itu, bagi pemasangan DIS, sebanyak 120 klinik pergigian telah siap pada penghujung akhir 2025, manakala 458 lagi akan didigitalkan
01:16sepenuhnya pada akhir 2027.
01:19Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan ahli Parlimen Merbuk, Muhammad Nazri Abu Hassan mengenai plan pendigitalan menyeluruh fasiliti kesihatan serta
01:29integrasi data antara sektor awam dan swasta.
01:32Dalam pada itu, KKM turut menyasarkan pendigitalan 16 hospital pada tahun ini, manakala baki 113 hospital akan disempurnakan sepenuhnya menjelang
01:432029.
01:44Dalam aspek integrasi data kesihatan nasional, beliau mengisahkan bahawa KKM sedang melaksanakan penyelarasan melalui aplikasi MySejahtera.
01:54Beliau memaklumkan, setakat ini 30 juta rekod vaksinasi, 7 juta rekod preskripsi ubat, 3 juta rekod pergigian dan 2.8
02:04juta rekod saringan kesihatan telah berjaya diintegrasikan.
02:09Zulkifli turut menegaskan usaha ke arah pendigitalan ini adalah bagi memastikan ekosistem kesihatan negara lebih holistik.
02:17Penglibatan fasiliti kesihatan swasta juga diperkukuhkan melalui penyeragaman piawayan saling keboleh kendalian.
02:25Menurut beliau, penyelarasan tersebut penting untuk memastikan kemampuan integrasi data antara sektor awam dan swasta dapat dipertingkatkan ke tahap lebih
02:34tinggi.
02:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended