Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Amerika Syarikat dan Iran mencapai kemajuan ketara dalam rundingan bagi menyelesaikan pertikaian nuklear yang berlarutan sekian lama serta mengelakkan ancaman serangan baharu Washington, menurut negara pengantara, Oman.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat dan Iran mencapai kemajuan ketara dalam rundingan bagi menyelesaikan pertikaian nuklear yang berlarutan sekian lama
00:08serta mengelakkan ancaman serangan baru Washington menurut negara pengantara Oman.
00:13Menteri Luar Oman Zaid Bada Al-Busaydi berkata kedua-dua pihak bersetuju menyambung semula rundingan
00:20selepas perbincangan di ibu negara masing-masing dengan rundingan peringkat teknikal di jadual berlangsung di Vienna minggu depan.
00:30Perkembangan positif itu dilihat berpotensi meredakan ancaman Presiden Donald Trump untuk melancarkan serangan ke atas Iran
00:37yang dibimbangi boleh mencetuskan konflik lebih luas di Asia Barat.
00:42Penilaian optimistik Oman dibuat selepas rundingan tidak langsung antara Menteri Luar Iran Abbas Arakji
00:47dan Wakil Khas Amerika Syarikat Steve Whitcoff serta Jared Kushner yang berlangsung dalam dua sesi di Geneva.
00:54Abbas pula menyifatkan rundingan itu antara yang paling serius pernah diadakan antara kedua-dua negara
01:01sambil memaklumkan beberapa isu telah dipersetujui manakala perbezaan masih wujud dalam perkara lain.
01:08Menurut beliau, Iran secara jelas menuntut supaya sekatan ekonomi AS ditarik balik
01:14manakala Washington menegaskan langkah itu hanya akan dipertimbangkan jika Teheran membuat konsesi besar.
01:22Pertikaian nuklear berdekat lamanya itu berlaku ketika AS meningkatkan kehadiran tenteranya di perairan berhampiran Iran
01:30sekaligus meningkatkan kebimbangan konflik berskala besar di Asia Barat.
01:35Washington mahu Teheran menghentikan sepenuhnya aktiviti penggayaan uranium yang boleh digunakan untuk menjana tenaga nuklear
01:43tetapi juga berpotensi menghasilkan bahan bagi senjata nuklear.
01:48Iran bagaimanapun berulang kali menafikan dawaan bahawa ia bertujuan membangunkan senjata nuklear.
01:55Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended