Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Serangan udara Israel membunuh dua rakyat Palestin di utara Semenanjung Gaza pada Khamis, menurut pegawai kesihatan tempatan, ketika tentera Israel mendakwa pihaknya turut membunuh seorang pejuang Palestin di selatan wilayah itu.
Transcript
00:00Serangan udara Israel membunuh dua rakyat Palestine di utara semenanjung Gaza pada Khamis.
00:06Denterai Israel mendakwa pihaknya turut membunuh seorang pejuang Palestine di selatan wilayah itu.
00:14Serangan udara Israel menyasarkan sekumpulan rakyat Palestine di kawasan Tufah, Bandar Gaza,
00:20mengorbankan dua individu dan mencederakan beberapa yang lain.
00:24Tentera Israel bagaimanapun tidak mengulas segera mengenai insiden berkenaan.
00:30Dalam kejadian berasingan, tentera Israel mendakwa pasukan yang membunuh seorang pejuang Palestine
00:35yang didakwa menimbulkan ancaman segera selepas memasuki kawasan yang masih diduduki Israel di dalam Gaza.
00:43Sejak serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza, wilayah itu kini musnah teruk dengan kemusnahan meluas
00:49terhadap infrastruktur awam dan kediaman penduduk.
00:53Menurut data Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 72,000 rakyat Palestine terbunuh
00:58akibat serangan Israel sejak Oktober 2023 dengan majoritinya adalah orang awam.
01:04Kementerian itu turut memaklumkan sekurang-kurangnya 600 rakyat Palestine terbunuh
01:09akibat serangan Israel sejak perjanjian kecata senjata berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu.
01:15Tentera Israel pula mendakwa empat anggotanya terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Palestine
01:21sejak gecata senjata dilaksanakan dengan kedua-dua pihak saling menuding jari atas dawaan pelanggaran perjanjian tersebut.
01:29Pada Januari lalu, perjanjian berkaitan Gaza memasuki fasa kedua yang dijangka menyaksikan pengunduran lanjut
01:36tentera Israel dari wilayah itu, manakala Hamas dijadual menyerahkan kawalan pentadbiran Gaza
01:42sebagai sebahagian daripada proses yang dipersetujui.
Comments

Recommended