Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Tiga jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Johor hari ini, atas dakwaan menyebabkan kematian kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Syamsul Haris Shamsudin 28 Julai tahun lalu.
Transcript
00:00Tiga jurulatih pasukan latihan pegawai simpanan Palapest dihadapkan ke Mahkamah Session Kota Tinggi Johor hari ini atas petuduhan melakukan perbuatan
00:09menyebabkan kematian ke atas pelatih Palapest Universiti Teknologi Malaysia UTM Allah Yarham Syamsul Haris Syamsuddin pada 28 Julai tahun lalu.
00:20Pertuduhan ke atas meja Mohd Azmi Abu Bakar, Kapten Mohd Bahaudin E.B. Rasid dan Pegawai Waran Mohd Nur Buangani
00:28Mislan dibacakan dihadapan Hakim Haida Farizal Abu Hassan.
00:34Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa dilakukan kesalahan berkenaan secara bersama.
00:40Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Azmi yang telah berkhidmat sejak 2006 bersama Angkatan Tentera Malaysia bersama Mohd Bahaudin dan Mohd Nur
00:48Buangani melakukan perbuatan menyebabkan kematian terhadap Syamsul Haris.
00:53Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 2 hingga 3 petang di lapang Sasar Ulu Tiram Utara Kota Tinggi Johor pada 28
01:00Julai 2025.
01:02Pertuduhan dibuat mengikut St. 304 Kurungan A Kanun Kesiksaan.
01:06Kes dikendalikan pengarah pendawaan Negeri Johor Abdul Ghaffar Abdul Latif dan timbalan pendakwa raya Nur Afiqah Musa.
01:13Manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.
01:17Tiada jaminan dibenarkan namun jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara,
01:21beliau mengesyorkan kesemua tertuduh dijamin dengan RM50,000 dengan seorang penjamin setiap seorang.
01:27Ketiga prosedur berlangsung, ketiga tertuduh memohon rayuan jaminan lebih rendah kerana mempunyai tanggungan isteri dan anak
01:34serta tidak menjangkakan kejadian ini berlaku.
01:37Bagaimanapun, selepas membuat pertimbangan dan menyifatkan pertuduhan ini berat,
01:41mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta pasport diserahkan ke mahkamah.
01:48Mahkamah juga menetapkan 13 April depan sebagai tarikh serahan dokumen,
01:52latihan peguam serta kehadiran peguam pemerhati bagi pihak keluarga.
Comments

Recommended