00:00Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mengeluarkan amaran keras bahawa negaranya bersedia untuk memusnahkan sepenuhnya Korea Selatan.
00:08Tindakan itu akan dilakukan jika kedaulatan dan keselamatan wilayahnya terancam.
00:15Berucap pada majlis penutup Kongres ke-9 Parti Pekerja Korea WPK di Pyongyang, beliau menyifatkan Seoul sebagai musuh paling nyata.
00:24Beliau juga secara rasmi menolak sebarang usaha dialog atau penyatuan semula dengan melabelkan Dasar Pendamaian Korea Selatan sebagai satu penipuan.
00:33Menurut laporan media rasmi Agensi Berita Pusat Korea KCNA, Kim menegaskan status negaranya sebagai kuasa nuklear kini telah diperkukuh sepenuhnya
00:42melalui pembangunan senjata yang pesat.
00:44Beliau menyeru kepada penghasilan sistem ketenteraan baharu yang lebih canggih termasuk peluru berpandu balistik antara benua ICBM, pelancaran bawah air,
00:53drone penyerang berasaskan kecerdasan buatan AI, serta satelit pengintip bagi melumpuhkan pusat arahan musuh.
01:01Jong-un turut menyatakan kesediaan berunding dengan Amerika Syarikat namun dengan syarat Washington menghentikan dasar bermusuhan dan mengiktiraf status nuklear
01:09Pyongyang.
01:10Kementerian Penyatuan Korea Selatan dalam pada itu menyifatkan retorik tersebut sebagai sesuatu yang malang manakala pihak tentera Seoul kini berada
01:18dalam kesiapsiagaan tinggi menangkis sebarang kemungkinan provokasi.
01:23Ketegangan di semenanjung Korea dijangka terus memuncak menjelang latihan ketenteraan tahunan antara Amerika Syarikat dan Korea Selatan pada Mac depan.
Comments