Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
21 kematian akibat kebakaran rumah direkodkan setakat Februari tahun ini dan 26 Februari 2026, lima mangsa terkorban.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata angka yang dicatatkan itu juga hampir menyamai jumlah keseluruhan pada tahun 2025.
Transcript
00:00Baik, tren kebakaran sememangnya membimbangkan dan kalau kita lihat data yang dikongsikan oleh Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia yang kita
00:06ingin tunjukkan di sini dengan lebih besar dan dengan lebih penci di sini,
00:1194 kematian dalam tempoh 4 atau 5 tahun lalu, kurang 6 tahun lalu. Dari 2022 hingga tahun 2025-2026, 94
00:20kematian yang dicatatkan.
00:22Kalau kita lihat dengan lebih lanjut di sini, tren yang sangat membimbangkan yang disebut sebelum tadi adalah bermula tahun 2024
00:28daripada 16 kematian,
00:30kita menyaksikan peningkatan 100% sekali ganda kepada 32 kematian tahun lepas 2026.
00:38Dan nampaknya tren ini tidak ada tanda-tanda akan surut malah ia dijangka akan semakin buruk kerana pada tahun ini,
00:44setakat 2 bulan ini sehingga Februari,
00:46sudah pun kita saksikan 21 kematian untuk Januari, Februari sahaja. Sudah semakin hampir dengan keseluruhan 12 bulan tahun lalu yang
00:57hanya mencatatkan 32 kematian.
01:01Lokasi utama yang sering mencatatkan kebakaran, rumah teras. Hampir 63% iaitu 59 kes kematian. Inilah datanya secara kasar yang
01:11sangat membimbangkan.
01:12Tetapi, soalannya adalah mengapa? Kita lihat dengan lebih terperinci faktor-fakturnya.
01:18Waktu kritikal, zon merah yang seringkali berlaku kebakaran menurut Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia adalah lewat malam sehingga awal pagi.
01:2412.30 malam sehingga 7 pagi, majoriti kematian berlaku ketika mangsa sedang tidur di dalam rumah dan api bermula.
01:32Risikonya lebih juga pada waktu malam. Siang mencatatkan 19 kematian daripada 8 pagi sehingga jam 3 petang.
01:39Tapi malam ia meningkat lebih 2 kali ganda kepada 52 kematian. Sama dengan data yang kita saksikan di sini di
01:46mana kebanyakan kebakaran bermula dan mangsa meninggal dunia ketika ia bermula.
01:50Kebakaran bermula sewaktu sedang tidur.
01:53Dan soalan dengan apa? Dijawab di sini. Punca utama adalah elektrik. Lebih separuh daripada kes. Sampir 60% daripada kes
02:00adalah kerana masalah elektrik.
02:02Sama ada resistance heating ataupun litar pintas short circuit yang kita sering saksikan khasnya dalam rumah teres yang akhirnya menyebabkan
02:10kebakaran dan juga kematian.
02:13Resistance heating menyumbang 36.5% daripada kes iaitu 8,618 kes. Peralatan gas menyumbang kira-kira 22% dan
02:23litar pintas menyumbang hampir 12%.
02:25Tapi tidak dilupakan juga selain itu faktor kecewaian manusia. Lebih 14% iaitu 3,325 kes adalah akibat kesalahan yang
02:35membabitkan penggunaan mancis, lilin, api berbara dan sebagainya.
02:40Jadi kita tidak mahu trend ini berterusan malah menjadi lebih buruk pada tahun ini. Pastikan anda berjaga-jaga dan mengambil
02:48semua langkah berhati-hati dalam menggunakan semua peralatan yang membabitkan api dan pastikan jika boleh periksa semula litar di rumah
02:56anda terutamanya jika rumah anda sedikit berusia kerana ini adalah sangat membimbangkan.
Comments

Recommended