00:00Kadar kelahiran Jepun merosot untuk tahun ke-10 berturut-turut apabila hanya 705,809 bayi dilahirkan tahun lepas, menurun 2
00:12.1% berbanding tahun sebelumnya.
00:15Data awal itu didedahkan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan negara itu.
00:22Tren penurunan ini dilaporkan berlaku 17 tahun lebih awal daripada unjuran asal Institut Penyelidikan Penduduk dan Keselamatan Sosial Kebangsaan.
00:32Ini sekaligus memburukkan lagi krisis tenaga kerja di negara ekonomi keempat terbesar dunia itu.
00:38Dalam tempoh sama jumlah kematian mencecah kira-kira 1.6 juta orang iaitu nisbah lebih 2 kepada 1 berbanding kelahiran.
00:47Manakala pendaftaran perkahwinan kekal rendah pada angka 505,656 pasangan meskipun menunjukkan sedikit peningkatan.
00:58Pentadbiran Perdana Menteri Sanai Takaichi kini berdepan tekanan demografi besar dan sedang mempersiapkan langkah baharu
01:03termasuk potongan cukai bagi khidmat penjaga kanak-kanak serta insentif korporat untuk penyediaan pusat asuhan di tempat kerja.
01:12Selain memperuntukkan 3.6 triliun yen setahun bagi pakej penjagaan anak,
01:18kerajaan turut berjanji mengurangkan kos kehamilan melalui pemeriksaan Prenatal dan yuran bersalin percuma
01:25serta meningkatkan gaji pekerja sektor penjagaan.
01:30Data awal ini merangkumi kelahiran warga asing di Jepun dan rakyat Jepun di luar negara
01:35manakala angka muktamad 2024 bagi rakyat domestik sahaja
01:38mencatatkan rekod terendah iaitu 686,000 kelahiran sejak 1899.
01:46Walaupun wilayah Tokyo dan Ishikawa menunjukkan peningkatan kecil,
01:50kawasan luar bandar terus bergelut dengan pengosongan penduduk yang kritikal.
01:54Situasi ini berbeza dengan Korea Selatan yang mula menunjukkan peningkatan kadar kesuburan
02:00bagi tahun kedua pada 2025, hasil insentif kerajaan yang agresif
02:04dalam menangani kos sari hidup keluarga.
02:07Terima kasih telah menonton!
Comments