00:00Baik, seterusnya kerajaan bayar lebih 643 juta ringgit sebagai kos ganti rugi atau pampasan yang membabitkan kes sivil sepanjang tempoh
00:093 tahun dari 2023.
00:11Secara keseluruhannya dalam tempoh itu, 501 kes sivil direkodkan dengan purata bayaran tahunan lebih 214 juta ringgit.
00:20Tahun 2025 merekodkan jumlah bayaran yang tertinggi iaitu RM373.2 juta ringgit membabitkan 186 kes.
00:33Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Sri Azalina Uthman Cahit berkata bayaran itu hanya melibatkan
00:40kes sivil dan tidak merangkumi prosedur jenayah.
00:43Beliau memberitahu, menurut data dikemukakan oleh Kementerian Keuangan, 173 kes direkodkan pada 2023 dengan jumlah bayaran RM65.2 juta ringgit.
00:54Jumlah itu meningkat mendadak pada 2024 apabila 142 kes membabitkan bayaran keseluruhan RM24.9 juta ringgit iaitu lonjakan lebih 3
01:04kali ganda berbanding tahun sebelumnya dari segi nilai pampasan.
01:08Jelasnya, selaku wakil kerajaan, Jabatan Peguam Negara atau Kementerian berkaitan yang mengendalikan kes sivil akan memohon kepada Kementerian Keuangan untuk
01:16membuat bayaran ganti rugi atau pampasan mengikut jumlah yang diperintahkan mahkamah.
01:21Sementara itu, bagi kes jenayah, pendakwa raya bertindak mewakili kerajaan Malaysia dalam proseding mahkamah dan kes berkenaan tidak membabitkan pembayaran
01:28ganti rugi atau pampasan kerajaan seperti dalam kes sivil.
01:32Azalina berkata demikian dalam jawapan bertulis pada soalan Ahli Parlimen Hulu Terenganu, Datuk Rasul Wahid.
01:38Mengenai jumlah kes yang kerajaan kalah di mahkamah sivil dan jenayah sejak 2023 hingga 2025.
01:44Terima kasih.
01:45Terima kasih.
01:45Terima kasih.
Comments