00:00Indonesia menegaskan semula komitmen mengukuhkan hubungan diplomatik dengan Jordan, mencapai koordinasi lebih erat dan memperluas kerjasama dalam menyokong Palestine serta
00:10kestabilan serantau yang lebih luas.
00:12Presidennya Prabowo Subianto berkata 2026 menandakan peristiwa bersejarah bagi kedua-dua negara yang meraihkan 75 tahun hubungan diplomatik.
00:23Beliau juga menyifatkan Jordan sebagai rakan kongsi penting dan hub logistik Indonesia di Asia Barat.
00:31Prabowo berkata sepanjang tempoh ini hubungan dua hala terus berkembang secara konstruktif, merentasi beberapa sektor strategik daripada politik dan pertahanan
00:42kepada ekonomi serta pendidikan.
00:44Dalam ucapan alu-aluannya semasa pertemuan dua hala dengan Raja Jordan, Abdullah II Al-Husin di Istana Basman pada Rabu,
00:53Prabowo menekankan keperluan meningkatkan penyelarasan strategik, terutama dalam bertindak balas terhadap situasi kemanusiaan di Gaza dan perkembangan di Tebing Barat.
01:03Beliau menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan Jordan dan mengetengahkan kedudukan strategik negara berkenaan sebagai yang paling hampir dengan Gaza.
01:14Prabowo seterusnya menyuarakan kebimbangan yang mendalam Indonesia terhadap situasi di Tebing Barat sambil menyatakan kesannya terhadap kestabilan dan usaha kemanusiaan
01:25di Gaza.
01:26Prabowo menjelaskan perlibatan Indonesia dalam lembaga keamanan serta sokongannya terhadap plan 20 perkara yang diperkenalkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
01:36adalah sebahagian daripada sumbangan aktif Indonesia ke arah mencari penyelesaian jangka panjang terhadap konflik itu.
01:45Beliau turut menekankan Indonesia dan Jordan berkongsi pandangan yang sama dengan negara lain di rantau ini dalam menggalakkan kestabilan serantau
01:53dan penyelesaian konflik.
01:56Terima kasih.
Comments