Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bagi menangani isu itu, kerajaan memperuntukkan RM7.8 juta pada tahun ini untuk memperkukuh pelaksanaan sistem pemantauan, kawalan dan pengawasan termasuk penyelarasan tindakan penguatkuasaan.
Transcript
00:00Kerajaan memandang serius isu pencerobohan kawasan tangkapan antara nelayan di Melaka dan Negeri Sembilan kerana melibatkan pematuhan undang-undang, kelestarian
00:09sumber serta keharmonian komuniti nelayan.
00:12Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu berkata, kerajaan memperuntukkan RM7.8 juta tahun ini bagi memperkukuh sistem
00:22pemantauan, kawalan dan pengawasan serta menyelaras tindakan penguatkuasaan.
00:29Muhammad berkata, kerajaan turut memperbanyak aktiviti perikanan semula di kawasan pantai serta bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menambah taman laut
00:39dan kawasan larangan tangkapan bagi membolehkan pembiakan semula ikan.
00:57Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Malaysia dari 2021 hingga 2025, sebanyak 137 kes tangkapan direkodkan di Melaka dan 14 di Negeri
01:09Sembilan melibatkan pelbagai pelanggaran di bawah Akta Perikanan 1985, kurungan Akta 317.
01:17Mengenai status terkini projek transformasi ekonomi nelayan melalui aquakultur, program Teman Aqua sehingga kini sebanyak 22 nelayan berpotensi telah dikenalpasti
01:30untuk menerima bantuan peralatan serta input ternakan membabitkan anggaran peruntukan RM500,000.
01:36daripada jumlah itu 10 peserta dari Perlis, 5 dari Negeri Sembilan dan 7 dari Melaka.
Comments

Recommended